Zuraida dinamakan bakal presiden Parti Bangsa Malaysia

Zuraida akan diangkat sebagai Presiden PBM secara rasmi selepas mesyuarat agung dan pindaan perlembagaan parti itu yang dijangka diadakan pada Ogos depan. Sumber (gambar): Fail TTF

ذورايدا ديناماكن باكل ڤريسيدن ڤرتي بڠسا مليسيا

Parti Bangsa Malaysia (PBM) memutuskan untuk mengangkat Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai bakal presiden parti itu.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PBM, Larry Sng yang turut mengumumkan keahlian Zuraida secara rasmi sebagai ahli PBM.

“Majlis Tertinggi PBM akan bermesyuarat sekali lagi dalam masa terdekat untuk menyusun semula perlembagaan parti bagi membolehkan proses transisi kepimpinan ini berjalan dengan lancar dan teratur,” katanya pada sidang media khas PBM pada Khamis.

Tambah Larry, majlis tertinggi parti dan biro politik pada mesyuarat juga sebulat suara bersetuju Zuraida akan mengetuai perbincangan PBM dengan parti lain menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)


AMPANG: Parti Bangsa Malaysia (PBM) memutuskan untuk mengangkat Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai bakal presiden parti itu.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PBM, Larry Sng yang turut mengumumkan keahlian Zuraida secara rasmi sebagai ahli PBM.




Larry berkata, keputusan itu diambil atas permintaan akar umbi parti itu dan pelantikan Zuraida sebagai Presiden PBM secara rasmi akan berkuat kuasa selepas mesyuarat agung dan pindaan perlembagaan parti itu yang dijangka diadakan pada Ogos depan.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Biro Politik dan Majlis Tertinggi PBM juga telah berbincang dan sebulat suara membuat keputusan untuk mengangkat Zuraida sebagai ‘president designate’ bagi memacu pembangunan dan perkembangan PBM untuk masa akan datang.

“Majlis Tertinggi PBM akan bermesyuarat sekali lagi dalam masa terdekat untuk menyusun semula perlembagaan parti bagi membolehkan proses transisi kepimpinan ini berjalan dengan lancar dan teratur,” katanya pada sidang media khas PBM pada Khamis.

Tambah Larry, majlis tertinggi parti dan biro politik pada mesyuarat juga sebulat suara bersetuju Zuraida akan mengetuai perbincangan PBM dengan parti lain menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

“Sekiranya saya tidak dapat menghadiri mesyuarat, sudah tentu yang dilantik presiden akan memimpin. Kami juga memutuskan dia akan mengetuai PBM.

Sumber:

WAJIB BACA:

‘Kami dulu korban demi rakyat, sekarang ada pengerusi GLC dapat sampai satu juta sebulan, saya rasa melampau’ – Tengku Razaleigh

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...