ZAID IBRAHIM ‘JANGAN AJAR ITIK BERENANG’

Khairuddin Abu Hassan

زيد إبراهيم ‘جاڠن اجر اتيق بيرينڠ’

Zaid ibrahim adalah seorang ahli politik yang gagal dan tidak perlu mencampuri hal ehwal pendirian serta prinsip perjuangan parti PEJUANG.

PEJUANG adalah sebuah parti politik yang berprinsip dan tidak sama sekali akan kompromi dengan perbuatan ahli-ahli politik yang tidak bermaruah seterusnya menyusahkan keseluruhan rakyat.




Apa perlunya parti PEJUANG mengambil bahagian dalam PRN Melaka natijah daripada angkara pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab hanya mahu berebut kuasa di saat kita masih terdedah dengan penularan wabak Covid-19?!

PEJUANG sama sekali tidak akan mengamalkan politik bersebut kuasa khususnya boleh meninggalkan risiko ancaman nyawa kepada rakyat jelata.

Dato Zaid Ibrahim jangan mudah lupa sejarah. Lihat saja kesan PRN Sabah terhadap keseluruhan bangsa dan negara pada suatu masa dahulu.

PRN Sabah merupakan pemangkin kepada penularan wabak Covid-19 sehinggalah mencecah angka kes melebihi 25,000 pada suatu masa dahulu.

Masakini, hampir kesemua parti-parti politik di tanahair kita hanya memikirkan untuk kepentingan merebut kuasa semata-mata dan tidak menghiraukan mengenai urus tadbir bagi menjaga kepentingan masa depan rakyat.

Apakah Dato Zaid Ibrahim ingat selepas PRN Melaka situasi politik boleh dijaminkan stabil di Melaka?!

Kenapa perlu parti PEJUANG dibubarkan seterusnya menganggotai DAP?!

Loading...

Seseorang yang tidak faham dengan matlamat penubuhan parti PEJUANG seperti zaid ibrahim tidak harus ‘jaga tepi kain’ orang lain.

Beliau hendak menganggotai parti DAP itu haknya tetapi tolong jangan ‘ajar itik berenang’ serta janganlah cakap bodoh.

Keseluruhan orang melayu dan pelbagai bangsa di negara kita memerlukan kepimpinan melayu yang kuat sepertimana di era zaman kecemerlangan UMNO di bawah pimpinan tun dr mahathir mohamad selama 22 tahun.

Bila kepimpinan melayu kuat maka ianya akan memunafaatkan keselurahan bangsa dan negara kita sehingga diiktiraf sebagai ‘Asian Tiger’ pada waktu itu.

Asas kekuatan negara kita amat bergantung kepada kekuatan kepimpinan melayu pada hakikatnya.

Parti UMNO sudah rosak dan sukar untuk dibaikki semula. Parti PAS pula hanyalah penunggang agama untuk kepentingan agenda politik duniawi mereka semata-mata.

Untuk pengetahuan Dato Zaid Ibrahim insya-Allah kami akan jadikan parti pejuang sebagai pengganti baru kepada UMNO bagi orang melayu serta keseluruhan rakyat tanpa kira kaum mahupun agama menyandarkan harapan baru kearah menjaminkan kesejahteraan masa depan semua pihak.

Kini, rakyat jelata tanpa kira kaum menyandarkan harapan hanya kepada parti PEJUANG untuk memimpin negara secara cemerlang serta gemilang.

Kebanyakan parti-parti politik lain di negara kita sudah rosak dan sanggup menggadai prinsip perjuangan yang luhur demi agenda kepentingan diri masing-masing.

Hanya PEJUANG kekal berprinsip kini dan selamanya!! Insya-ALLAH!!

WAJIB BACA:

Pelik bila Zahid enggan turun ke Melaka berunding dengan semua ADUN UMNO

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...