Zahid perlekeh logo Perikatan Nasional

UMNO sedar bahawa PAS tidak mampu membawa sebarang kebaikan buat PPBM di Melaka, lebih-lebih lagi memandangkan jentera PAS yang sederhana kuat tidak mampu berfungsi dengan baik susulan pengharaman kempen ceramah dan lawatan rumah-ke rumah di Melaka. Sumber (gambar): Fail TTF

زاهيد سراڠ لوڬو ڤريكتن ناسيونل

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperlekeh logo Perikatan Nasional sambil mendakwa, warna biru pada logo tersebut dicetak rompak dan harus ditolak pengundi pada Pilihan Raya Negeri Melaka.

Menurutnya, pengundi Melaka tidak harus terpedaya dengan parti politik yang turut menggunakan lambang biru seakan BN kerana natijahnya pasti mendukacitakan.

Terdahulu, TTF meramalkan bahawa UMNO hanya akan menang tidak lebih dari tujuh kerusi, manakala Perikatan Nasional (PAS dan PPBM) dijangka akan kalah semua kerusi yang ditandingi.

DAP pula dijangka akan menang tujuh kerusi atau kurang, manakala selebihnya mungkin dipegang oleh calon-calon bebas (termasuk calon-calon Gagasan Bebas Piagam Rakyat), PKR (2) dan AMANAH (2).

“Rakyat Melaka tanpa mengira bangsa dan agama jangan tersilap memilih harapan palsu sekali lagi dan rakyat Melaka berbilang bangsa dan agama jangan tersilap pilih warna biru pada 20 Nov 2021.

“Mungkin ada biru kelihatan sama, tetapi tidak serupa. Pastikan pilih biru BN yang original kerana original itu berkualiti. Jangan terpedaya biru tiruan cetak rompak kerana hasilnya pasti mendukacitakan,” katanya di Facebook.

Terdahulu, TTF meramalkan bahawa UMNO hanya akan menang tidak lebih dari tujuh kerusi, manakala Perikatan Nasional (PAS dan PPBM) dijangka akan kalah semua kerusi yang ditandingi.

DAP pula dijangka akan menang tujuh kerusi atau kurang, manakala selebihnya mungkin dipegang oleh calon-calon bebas (termasuk calon-calon Gagasan Bebas Piagam Rakyat), PKR (2) dan AMANAH (2).

Manakala itu, sekiranya UMNO dan Pakatan Harapan berjaya meraih lebih 14 kerusi, UMNO dan Pakatan Harapan berkemungkinan besar akan bersetuju untuk membentuk Jajaran Politik Baharu di Melaka tanpa segan dan silu.

TTF menulis:

PAS pula sedar penerimaan parti itu di Melaka tidak begitu baik, dan atas dasar itulah UMNO tidak teragak-agak untuk membiarkan PAS menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Loading...

UMNO sedar bahawa PAS tidak mampu membawa sebarang kebaikan buat PPBM di Melaka, lebih-lebih lagi memandangkan jentera PAS yang sederhana kuat tidak mampu berfungsi dengan baik susulan pengharaman kempen ceramah dan lawatan rumah-ke rumah di Melaka.

RJ RITHAUDEEN

WAJIB BACA:

PRN Melaka: UMNO 7, PPBM 0, PAS 0

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...