زاهيد كليروكن ڤڠوندي دڠن دوا بايڠن – امنو موڠكين منڠ، امنو موڠكين تيدق منڠ
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan landskap politik yang baru akan menjelma di Melaka, mencadangkan presiden UMNO itu tidak yakin partinya mampu meraih majoriti esok pada Pilihan Raya Negeri Melaka.
Menurut laporan media, Zahid berkata, semua kemungkinan ada dalam pertimbangan Umno dan menjadi pilihan buat parti itu.
Tetapi dalam nada sama, Zahid berkata dia tidak dapat menyatakan jumlah kerusi yang mampu dimenangi namun yakin UMNO mampu membentuk kerajaan negeri tanpa perlu ada gabungan dengan parti lain.
Ini sudah pasti mengelirukan pengundi, dan inilah kali pertama presiden UMNO tidak dapat menyatakan dengan pasti bahawa UMNO dapat membentuk kerajaan di Melaka tanpa bantuan pihak lain.

Ditanya mengenai ada keperluan untuk Umno-BN mengadakan kerjasama dengan parti lain bagi membentuk kerajaan campuran di Melaka, ahli parlimen Bagan Datuk itu menjelaskan, ia bergantung kepada jumlah kerusi yang dimenangi.
“Namun saya yakin satu landskap politik yang baru akan berlaku di negeri Melaka sebagai satu cerminan untuk politik di Malaysia nanti,” katanya.
Tetapi dalam nada sama, Zahid berkata dia tidak dapat menyatakan jumlah kerusi yang mampu dimenangi namun yakin UMNO mampu membentuk kerajaan negeri tanpa perlu ada gabungan dengan parti lain.
“Insya-Allah dengan sokongan pengundi-pengundi di Melaka, trend itu memihak kepada BN,” katanya.
Ini sudah pasti mengelirukan pengundi, dan inilah kali pertama presiden UMNO tidak dapat menyatakan dengan pasti bahawa UMNO dapat membentuk kerajaan di Melaka tanpa bantuan pihak lain.
Sebelum ini, TTF meramalkan bahawa UMNO akan menang tidak lebih dari lapan kerusi, manakala Perikatan Nasional (PAS dan PPBM) berkemungkinan besar akan kalah semua kerusi yang ditandingi atau menang hanya satu kerusi.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
Peluang UMNO tipis, Najib dah tahu
Loading...