Khairuddin Abu Hassan
يڠ د-ڤرتوان اڬوڠ هاروس لوچوت جاوتن ڤڬوام نڬارا، سڤيكر ڤرليمين
KDYMM Yang Di-Pertuan Agong seharusnya melucutkan jawatan Peguam Negara dan Speaker Parlimen yang secara terang-terangan mempersendakan DYMM Raja-Raja Melayu.
Idrus Harun merupakan seorang Peguam Negara yang haprak setaraf dengan Apandi Ali ketika menjawat jawatan yang sama pada suatu masa dahulu.
Kedua-dua Peguam Negara ini merupakan ‘balaci’ kepada kalangan tertentu untuk mempertahankan benda-benda yang tidak betul.
Mereka tidak memikul tanggungjawab secara jujur dan amanah!!
Idrus Harun juga gagal untuk berfungsi secara professional serta amat tidak beretika.
Peguam Negara masakini adalah seorang yang tidak memayung undang-undang dan tidak memelihara amalan demokrasi secara tulen berteraskan perlembagaan persekutuan.
Begitu juga dengan sikap adiknya yang menjawat jawatan Speaker Parlimen gagal mempamerkan tanggungjawab secara jujur mahupun amanah.
Jelas kelihatan mereka ini kalangan haprak yang sanggup melakukan apa saja demi menjaga jawatan masing-masing.
Bukan saja sanggup menipu di dalam Parlimen serta berbohong dengan jutaan rakyat; malahan Peguam Negara bersama Speaker Parlimen sanggup menyanggah titah KDYMM Yang Di-Pertuan Agong beberapa kali.
Bermula dari hari pertama mengadap KDYMM Yang Di-Pertuan bersama dengan mantan Perdana Menteri yang tiada keabsahan untuk menasihati DYMM Tuanku Agong bagi mengisytiharkan proklamasi darurat, penutupan parlimen, undian keabsahan di Parlimen untuk Perdana Menteri baru serta beberapa perkara lain yang jelas kelihatan kedua-dua orang ini menderhaka kepada titah KDYMM Yang di-Pertuan Agong.
Sesungguhnya, KDYMM Yang Di-Pertuan Agong harus mengambil tindakan tegas terhadap Speaker Parlimen serta Peguam Negara yang hakikatnya merupakan liabiliti kepada amalan demokrasi di negara kita.
Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan Speaker Parlimen dan Peguam Negara ini adalah sampah masyarakat!!
WAJIB BACA:
Pelantikan Muhyiddin terancang, Pilihan Raya Umum dijangka sebelum hujung tahun
