“Amat pelik bila sayap pemuda parti yang terlibat dalam kerajaan berdemo untuk menuntut pengampunan Najib sedangkan presiden parti yang sama merupakan orang nombor dua dalam kerajaan.” TONTON PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
Reggie Jessy Rithaudeen
Satu himpunan atau demo telah dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO di pekarangan Masjid Wilayah Persekutuan semalam.
Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh, himpunan itu bagi merayu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberikan pengampunan diraja kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Namun, UMNO kini sebahagian daripada blok kerajaan, dan presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid, merupakan Timbalan Perdana Menteri.
TONTON PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
Amat pelik bila sayap pemuda parti yang terlibat dalam kerajaan berdemo untuk menuntut pengampunan Najib sedangkan presiden parti yang sama merupakan orang nombor dua dalam kerajaan.
Ini mampu menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan penyokong Najib, antaranya;
1. Zahid tidak mahu Najib dibebaskan sehingga demo terpaksa dianjurkan untuk merayu secara terus kepada Yang Di-Pertuan Agong.
2. Zahid tidak dapat berbuat apa-apa kerana Perdana Menteri sendiri tidak mahu Najib dibebaskan.
Hakikatnya, pertimbangan petisyen pengampunan tidak pernah menjadi agenda utama kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 sepertimana yang diwar-warkan oleh beberapa pihak.
Malah, pada 28 April 2023, Lembaga Pengampunan terpaksa menyangkal laporan kononnya petisyen pengampunan Najib akan dibincangkan pada hari tersebut.
Nyata sekali demo pemuda UMNO…
TONTON PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
