WARISAN ada peluang cerah dalam PRU15 kerana tidak terikat dengan Pakatan Harapan – Junz Wong

Berikut merupakan penulisan terkini naib presiden WARISAN Junz Wong di Facebook:


KEBIJAKSANAAN DAN KESABARAN DATUK SERI SHAFIE APDAL

Junz Wong

واريثن برڤلواڠ چره دالم ڤرو15 كران تيدق تريكت دڠن ڤه – جونز ووڠ

Pada sekitar bulan April 2021, Warisan telah membuat keputusan untuk tidak lagi terikat dengan PH.




Dalam masa yang sama, Warisan juga tidak terikat pada PN ataupun BN.

Keputusan tersebut diumum dalam media, lalu segelintir penyokong PH tidak menyambutnya dengan baik.

Ada yang menuduh Warisan sebuah parti yang angkuh dan sombong.

Ada juga yang menuduh Warisan mempunyai niat melompat masuk PN atau BN, meskipun pendirian Warisan sangat jelas.

Presiden pada ketika itu telah meminta pimpinan parti bersabar dan mengabai tohmahan-tohmahan yang dilempar.

Presiden juga minga pimpinan parti kekal ikhlas dan setia kepada perjuangan parti dan perjuangan rakyat Sabah dan Malaysia.

Hari ini, PH kalah teruk di Melaka.

Loading...

Bayangkan jika Warisan masih terikat dengan PH, apakah kita akan terpalit dengan kekalahan mereka?

Kalau Warisan masih terikat dengan PH, apakah kita akan terpaksa menandatangani MOU yang tidak memanfaatkan Sabah dan Rakyat Malaysia?

Kalau Warisan masih terikat dengan PH, apakah kita akan terpaksa menyokong Bajet 2022 yang tidak adil terhadap Sabah dan rakyat Malaysia?

Mujurlah kita tidak terikat.

Malah hari ini, semakin ramai sudah celik dan yakin dengan kesungguhan Warisan memperjuangkan nasib Malaysians.

Jadi peluang kita dalam PRU akan datang semakin cerah. Yakinlah. Perjuangan rakyat Malaysia dan Sabah tidak akan sesekali malap, meskipun menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

ANALISIS PRN MELAKA: BOIKOT PENGUNDI BERI KELEBIHAN TIPIS PADA BN DI 12 KERUSI

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...