Wajarkah kita iktiraf ‘hak’ Barat tuntut penjelasan dari kıta?

Raggie Jessy Rithaudeen

Pada 7 Mac 2024, sehari selepas mesyuarat khas Kersatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan satu ucapan di Universiti Kebangsaan Australia di Canberra.

Di sana, Anwar membayangkan kedudukan pro-Palestin Malaysia dalam perang di Gaza sambil menyelar Barat kerana penggunaan undang-undang antarabangsa yang tidak konsisten dalam perang.




Hampir tiga minggu sebelum ucapan Anwar, AS menggunakan kuasa veto untuk menolak draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung perang Israel ke atas Gaza, dan disebabkan itu, permintaan PBB untuk diadakan gencatan senjata antara Israel dan Hamas ditolak.

AS adalah satu-satunya negara yang mengundi menentang resolusi itu manakala United Kingdom berkecuali. Jadi, ikut logik, pandangan negatif Anwar terhadap ‘Barat’ dalam ucapannya ditujukan terutamanya kepada AS.

Sekarang, pertimbangkan fakta ini;

1. PBB mengiktiraf Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sebagai Negara Palestin.

2. PBB juga mengiktiraf bahawa pendudukan Israel di wilayah-wilayah tersebut melanggar undang-undang antarabangsa, sekaligus bermakna tuntutan Israel ke atas wilayah-wilayah berkenaan adalah tidak sah.

3. Hamas ialah pertubuhan politik-tentera yang mewakili rakyat Palestin.

4. Memandangkan pendudukan Israel di Gaza adalah “haram,” Hamas mempunyai hak moral dan undang-undang antarabangsa untuk mempertahankan Gaza daripada pasukan yang mengganas rakyat Palestin selama beberapa dekad.

Loading...

Namun, AS tetap merujuk kepada Hamas sebagai organisasi pengganas. 

Lebih pelik, PBB membenarkan AS menggunakan kuasa veto untuk usaha untuk menghentikan serangan Israel ke atas Gaza.

Jadi, saya memuji Anwar kerana menyelar AS.

Bagaimanapun, baru-baru ini, seorang pegawai dari AS berada di Malaysia atas kebimbangan bahawa Malaysia boleh menjadi laluan pemindahan wang kepada ‘pengganas’ Hamas.

TONTON JUGA: Ratib nama Anwar, hina Anwar 24 jam 365 hari pun rakyat akan muak – Rakyat nak dengar penyelesaian pembangkang

Ketika ditanya oleh wartawan Bloomberg baru-baru ini sama ada hubungan Malaysia dengan Hamas akan menjejaskan hubungan dengan AS, Anwar berkata:

“Mereka (AS) sudah tentu mempunyai hak untuk menuntut atau meminta penjelasan. Kami melakukannya kepada rakan yang ingin tahu apa yang berlaku.”

Kalau sekadar permintaan, saya tiada masalah. Tetapi tuntutan??

Setahu saya, kedua-dua Malaysia dan AS adalah ahli PBB, dan jika PBB mengatakan “pendudukan Israel di wilayah Palestin adalah haram,” maka ia adalah haram.

Mengapa harus kita tunduk kepada ‘tuntutan’ AS sedangkan AS mengingkari pendirian majoriti PPB dan melabelkan pihak yang mempertahankan Gaza daripada serangan Israel sebagai pengganas?

Apa gunanya kita menjadi ahli PBB sedangkan kita ‘mengiktiraf’ hak AS untuk menuntut penjelasan daripada kita? Kan lebih baik kita menjadi ahli AS sahaja?

Memandangkan Malaysia menyokong hak Hamas untuk mempertahankan diri, adakah AS menganggap kami sebagai “mesra pengganas?”

TONTON JUGA: Ratib nama Anwar, hina Anwar 24 jam 365 hari pun rakyat akan muak – Rakyat nak dengar penyelesaian pembangkang



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...