
Pengerusi Bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN), Rosdzaman Dato’ Mohd Yusop, berkata UMNO harus bersabar hingga ke PRU15 dan berusaha memantapkan parti daripada cuba bersekongkol dengan mana-mana pihak untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan menerusi pintu belakang.
“Dua tiga hari kebelakangan ini, terdapat isu yang mengatakan seolah-olah team Tun Dr Mahathir Mohamad akan bersama UMNO.
“Saya tidak nampak setakat hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad ada buat pendirian sedemikian. Perkara ini sebenarnya dimainkan oleh orang-orang UMNO sendiri, yang dimainkan oleh ‘Sir’ Azri.”
SUBANG JAYA: UMNO harus bersabar hingga ke PRU15 dan berusaha memantapkan parti daripada cuba bersekongkol dengan mana-mana pihak untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan menerusi pintu belakang.
Demikian menurut Pengerusi Bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN), Rosdzaman Dato’ Mohd Yusop, yang turut menegaskan agar penyokong parti tidak terbawa-bawa dengan dakwaan pihak tertentu kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad ingin bersama dengan UMNO.
Lihat video sidang media oleh Rosdzaman
SIDANG MEDIA PENUH DI SINI
“Kami ingin beritahu kepada semua warga Malaysia, bahawa GBN berpendirian, selagi mana sembilan teras kami diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin yang mahu memerintah Malaysia, selagi itu kami akan memberi sokongan.Itu pendirian kami.
“Dua tiga hari kebelakangan ini, terdapat isu yang mengatakan seolah-olah team Tun Dr Mahathir Mohamad akan bersama UMNO.
“Saya tidak nampak setakat hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad ada buat pendirian sedemikian. Perkara ini sebenarnya dimainkan oleh orang-orang UMNO sendiri, yang dimainkan oleh ‘Sir’ Azri,” katanya kepada pemberita di sini.
Menurut Rosdzaman, Azri menimbulkan persepsi tersebut walhal bukan jurucakap UMNO. Ini sekaligus membawa kepada kekeliruan dan mampu menjurus kepada kerosakan parti UMNO.
“UMNO sebenarnya kena bersabar untuk memastikan kekuatan dan penyatuan Ummah sehingga pilihanraya umum ke-15,” tambahnya.
Semalam, GBN menyelar pemimpin-pemimpin tertentu dalam UMNO yang dilihat bekerjasama secara rahsia dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menggulingkan Mahathir menerusi undi tidak percaya.
“UMNO mengaku menentang DAP, walhal Anwar sendiri diketahui bersekongkol dengan DAP.
“Jadi secara tidak langsung, engkau (pemimpin-pemimpin tertentu dalam UMNO) turut bersekongkol dengan puak yang engkau sendiri tentang. Apa maksudnya ini,” tanya Pengerusi Bersama GBN, Raggie Jessy Rithaudeen.
GERAKAN BANGSA NASIONAL
