[VIDEO] KECOH: KERAJAAN HAMPIR KALAH UNDI BLOK BAJET 2018

THE THIRD FORCE

Dewan Rakyat malam tadi meluluskan Bajet 2018 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi peringkat jawatankuasa dengan majoriti hanya satu undi.




Bajet peringkat jawatankuasa diluluskan dengan 52 anggota parlimen mengundi untuk menyokong manakala 51 yang lain membantah.

Dua orang anggota parlimen berkecuali daripada mengundi. G Manivannan (PKR Kapar) mengusulkan pengundian blok dilakukan apabila dewan kelihatan kosong ketika ramai anggota parlimen BN tidak berada di Dewan Rakyat.

Beliau mengajukan usul itu untuk membantah inflasi harga barangan dan bahan bakar minyak. Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee mengarahkan pejabat parlimen membunyikan loceng sebanyak dua kali.

Ia mendorong seorang lagi timbalan speaker yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said turun ke lantai Dewan untuk turut sama mengundi.

Keadaan menjadi kecoh apabila anggota parlimen pembangkang memberitahu beberapa orang MP BN yang terlambat masuk ke Dewan boleh ikut membuat undian. MP pembangkang menjeritkan slogan ‘tipu’ dan ‘bohong’.

Beberapa ketika kemudiannya, Ronald mengumumkan keputusan.

Sumber:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...