Ura-ura MP kerajaan bakal alih sokongan – Anwar cakap berbelit-belit

Apakah ada hukum-hukum berbeza untuk MP kerajaan dan MP pembangkang? SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI

Raggie Jessy Rithaudeen

18 November lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa empat Ahli Parlimen BERSATU yang beralih sokongan kepada kerajaan berbuat demikian “selepas mereka melihat sendiri apa yang berlaku (di kem pembangkang).”

Menurut Anwar, tindakan mereka dibuat atas kerelaan sendiri, selepas masing-masing hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan parti.




Ini bermakna, Anwar faham tindakan ahli parlimen berkenaan berperlembagaan dan tidak melanggar undang-undang.

Namun, ketika mengulas ura-ura yang bertiup kencang bahawa sejumlah ahli parlimen kerajaan bakal beralih sokongan kepada pembangkang, Anwar berkata:

“…dalam hukum adat, hukum politik sekarang itu igauan, sekarang saya tidak pedulikan itu…”

“Hukum adat” dan “hukum politik” apakah yang dimaksudkan Anwar, dan bagaimanakah hukum-hukum ini berbeza dalam kes MP kerajaan berbanding MP pembangkang?

Apakah ada hukum-hukum berbeza untuk MP kerajaan dan MP pembangkang?

Apabila MP Bersatu beralih sokongan kepada kerajaan, beberapa pemimpin blok kerajaan, seorang bekas menteri dan sebuah portal pro-kerajaan secara langsung dan tidak langsung mengesahkan apa yang saya dan seorang peguam memberitahu selama ini, iaitu:

“Mana-mana MP yang mengubah status sokongan kepada Perdana Menteri tanpa keluar parti secara sukarela tidak perlu kosongkan kerusi di Dewan Rakyat, sekalipun perlembagaan parti dipinda untuk diselaraskan dengan Akta Anti-Lompat Parti.”

Loading...

Nampaknya rakyat sekali lagi…

SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...