UMNO, PAS setuju secara prinsip Muhyiddin calon Perdana Menteri Pilihan Raya Umum Ke-15

UMNO dan PAS setuju secara prinsip Muhyiddin dinamakan calon Perdana Menteri. Sumber (gambar): Fail TTF

امنو، ڤاس ستوجو سچارا ڤرينسيڤ محي الدين چالون ڤردان منتري ڤيليهن راي عموم ك-15

UMNO dan PAS secara prinsip bersetuju untuk terus menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa, berkata keputusan itu dibincang dalam mesyuarat bersama baru-baru ini.

“Mesyuarat bersama pemandu Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS membincangkan perkara itu di peringkat jawatankuasa yang mana kita telah bersetuju untuk terus beri sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan beliau adalah anggota kepada gabungan PN (Perikatan Nasional).

“Untuk pilihan raya akan datang, secara prinsipnya kedua-dua parti telah bersetuju untuk menamakan atau menyokong Perdana Menteri, Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri seterusnya.”


KUALA LUMPUR: UMNO dan PAS secara prinsip bersetuju untuk terus menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa, berkata keputusan itu dibincang dalam mesyuarat bersama baru-baru ini.




Justeru, beliau berkata, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendapat sokongan kedua-dua parti Melayu Islam terbesar.

“Mesyuarat bersama pemandu Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS membincangkan perkara itu di peringkat jawatankuasa yang mana kita telah bersetuju untuk terus beri sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan beliau adalah anggota kepada gabungan PN (Perikatan Nasional).

“Untuk pilihan raya akan datang, secara prinsipnya kedua-dua parti telah bersetuju untuk menamakan atau menyokong Perdana Menteri, Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri seterusnya.

“Di peringkat jawatankuasa bersama MN yang mana saya setiausaha agungnya, …betul memang apa disebutkan oleh Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) itu adalah perkara yang telah dibincangkan bersama PAS dan UMNO. Dalam soal ini (ia) adalah pendirian (kami) sama. Saya sahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan surat tawaran permit sementara waktu terhad Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kepada 97 penjaja di Setapak Indah, di sini, hari ini.

Annuar yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, keputusan itu akan dibawa ke saluran parti masing-masing untuk perbincangan lanjut.

Sumber:

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...