
امنو بوليه برڬرق تنڤا ڤاس، ڤڤبم، چوما ڤرلو چالون تيدق برمسئله
UMNO tidak perlu PAS atau PPBM untuk mengharungi Pilihan Raya Umum ke-15, kerana sebelum ini, UMNO tidak bergantung kepada mereka sebelum ini.
Demikian menurut Tengku Razaleigh Hamzah, yang turut berkata UMNO perlu memilih calon PRU-15 yang boleh diterima masyarakat, iaitu calon yang tidak banyak masalah serta bertanggungjawab untuk memberikan segala khidmat dan bantuan kebajikan kepada rakyat, lebih-lebih lagi ketika negara berperang dengan Covid-19.
Katanya, meskipun menyokong kerajaan PN, UMNO bukan anggota PN.
Malah, tambahnya, kekuatan Umno melebihi parti-parti lain jika diukur daripada segi perwakilan kerusi parlimen, jumlah keahlian, dan sokongan akar umbi.
IPOH: UMNO tidak perlu PAS atau PPBM untuk mengharungi Pilihan Raya Umum ke-15, kerana sebelum ini, UMNO tidak bergantung kepada mereka sebelum ini.
Demikian menurut Tengku Razaleigh Hamzah, yang turut berkata UMNO perlu memilih calon PRU-15 yang boleh diterima masyarakat, iaitu calon yang tidak banyak masalah serta bertanggungjawab untuk memberikan segala khidmat dan bantuan kebajikan kepada rakyat, lebih-lebih lagi ketika negara berperang dengan Covid-19.
“Kita biasanya bergerak sendiri atas dasar yang ditentukan oleh BN. Dan segala bentuk tindakan kita merupakan bentuk berkebangsaan”.
Tengku Razaleigh mengakui PAS semakin ‘menyebelahi’ PPBM berbanding UMNO, dan berkata ia mungkin boleh menjejaskan peluang UMNO untuk kembali mengetuai kerajaan pusat.
“Tetapi kena ingat, sebelum ini pun kita tak bergantung kepada mereka. Kita bertanding, atau menghadapi pilihan raya umum (PRU) sebagai BN. Dan kita menang banyak kerusi.
“Di sebelah selatan, tengah, Pantai Barat pun kita menang.
“Ini kekuatan yang telah dibuktikan oleh kita dalam PRU yang sudah-sudah,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di rumahnya di ibu negara semalam.
Katanya, meskipun menyokong kerajaan PN, UMNO bukan anggota PN.
Malah, tambahnya, kekuatan Umno melebihi parti-parti lain jika diukur daripada segi perwakilan kerusi parlimen, jumlah keahlian, dan sokongan akar umbi.
Namun, menurut Tengku Razaleigh, sama ada Umno akan bekerjasama bersama dengan PAS dalam MN atau turut bersama Bersatu menjelang PRU-15, adalah hal yang belum dimuktamadkan.
“Lagipun kita tak tahu sama ada dalam bentuk itu (kerjasama dengan PAS) boleh diterima oleh masyarakat umumnya,” katanya yang menyifatkan Umno bawah BN sebagai parti yang bersifat kebangsaan dan tidak mengamalkan sikap perkauman.
“Kerana kita selama ini pun menayangkan kedudukan kita sebagai satu parti dan satu gerakan kebangsaan, yang mewakili semua kaum, semua pihak dalam gerakan kita.
“[…] Jadi pada masa ini kita serah kepada pemimpin untuk menentukannya,” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
