
‘محضير ڤاليڠ اول نصيحتي نجيب جاڠن ترليبت سكندل 1مدب، نامون نجيب بردڬيل، تروس ڤرتاهنكن جهو لوو’ – خير الدين
Sebentar tadi, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat pendedahan mengejutkan berhubung nasihat yang pernah disampaikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad secara peribadi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bercakap kepada TTF, Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan itu berkata, Mahathir telah menasihati Najib berulang kali untuk memulangkan dana 1MDB yang diseleweng, namun Najib tidak mengendahkan nasihat yang diberikan.
“Saya selaku naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan pada waktu itu turut berjumpa dengan Najib Tun Razak di kediaman beliau pada bulan Disember 2014 untuk menasihati mantan Perdana Menteri itu agar mencari jalan bagi memulangkan semula dana yang diselewengkan dari syarikat 1MDB.
“Namun, Najib Tun Razak enggan berbuat demikian tetapi terus membela penyangak Jho Low kononnya Jho Low orang yang bertanggungjawab membantu memperkukuhkan ekonomi negara.
“Pada waktu itu kami berhempas pulas untuk menasihati Najib Tun Razak tetapi beliau terus berkeras untuk mempercayai penyangak Jho Low.”
Sebentar tadi, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat pendedahan mengejutkan berhubung nasihat yang pernah disampaikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad secara peribadi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bercakap kepada TTF, Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan itu berkata, Mahathir telah menasihati Najib berulang kali untuk memulangkan dana 1MDB yang diseleweng, namun Najib tidak mengendahkan nasihat yang diberikan.
“Berbuih mulut Tun Dr Mahathir Mohamad secara konsisten menasihati Najib Tun Razak untuk bercakap benar serta cuba pujuk beliau untuk memulangkan semula semua wang berbilion ringgit milik syarikat 1MDB yang diselewengkan dan menghadapi sistem perundangan kearah untuk membersihkan namanya.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“Saya selaku naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan pada waktu itu turut berjumpa dengan Najib Tun Razak di kediaman beliau pada bulan Disember 2014 untuk menasihati mantan Perdana Menteri itu agar mencari jalan bagi memulangkan semula dana yang diselewengkan dari syarikat 1MDB.
“Namun, Najib Tun Razak enggan berbuat demikian tetapi terus membela penyangak Jho Low kononnya Jho Low orang yang bertanggungjawab membantu memperkukuhkan ekonomi negara.
BACA JUGA: NAJIB TERSILAP PECAH LUBANG SENDIRI
“Sesungguhnya, pada waktu itu saya merasa teramat geli hati dan sedar betapa bodohnya Najib Tun Razak seorang Perdana Menteri yang mudah dimanupulasikan oleh seorang penyangak seperti Jho Low.
“Kini, baru Najib Tun Razak menyatakan bahawa beliau tidak bersalah dan ditipu oleh penyangak Jho Low.
“Pada waktu itu kami berhempas pulas untuk menasihati Najib Tun Razak tetapi beliau terus berkeras untuk mempercayai penyangak Jho Low.
“Apabila takut lebih banyak dana kerajaan diselewengkan oleh Najib Tun Razak serta jho low maka baru saya mengambil pendekatan untuk membuat laporan-laporan kepada pihak penguatkuasa undang-undang di Singapura, Hong Kong, Peranchis, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
“Saya juga secara peribadi buat laporan kepada Pejabat Peguam Negara Switzerland, ibu pejabat Interpol di Peranchis dan FBI di New York.
“Syukur alhamdulillah, akhirnya dengan izin Allah swt semua negara yang saya buat laporan mengenai penyelewengan dana syarikat 1MDB oleh Najib Tun Razak serta penyangak jho low terbukti mempunyai asas yang kukuh,” katanya.
Menurut Khairuddin lagi, Najib seharusnya lebih menutamakan pembelaannya di Mahkamah Persekutuan daripada memfitnah Mahathir bukan-bukan.
Khairuddin menambah, Najib telah mengkhianati seluruh bangsa dan negara, memandangkan beban hutang RM32 bilion akibat perbuatan Najib kini dipikul oleh negara dan rakyat Malaysia.
“Jangan anggap rakyat bodoh dan kini amat sukar buat Najib Tun Razak walaupun untuk membela dirinya sendiri!!
“Menteri Kewangan masakini sendiri membuat kenyataan di Parlimen baru-baru ini bahawa negara terpaksa membayar bebanan hutang syarikat 1MDB puluhan bilion ringgit.
“Bila Najib Tun Razak songlap duit syarikat SRC sejumlah rm42 juta dan menggunakan dana haram tersebut untuk membayar kad kredit serta membeli barangan peribadi; macamana kini beliau menyatakan beliau tidak pernah mencuri untuk tujuan peribadi?!
“Seorang ‘kaki penipu’ yang kuat menipu seperti Najib Tun Razak akan seringkali lupa penipuan-penipuannya kerana terlalu banyak menipu!!
“Inilah yang sedang berlaku kepada Najib Tun Razak tambahan pula beliau sedang berada dalam tahap ‘gelabah’ mengenang nasib yang bakal menimpa dirinya selepas kes di Mahkamah Persekutuan nanti.
“Tidak ada siapa yang boleh membela atau melepaskan Najib Tun Razak dari kesalahan ‘besar’ ini kerana bukti-bukti salahlaku dalam kes 1MDB amat kukuh di luar negara.
“Cukup-cukuplah Najib Tun Razak untuk cuba alih pandangan kes salahlakunya kepada orang lain!!
“Sebenarnya, tidak ada sesiapapun yang menganiayai Najib Tun Razak tetapi beliau yang menganiayai dirinya sendiri.
“Tidak terlambat untuk Najib Tun Razak mencari jalan untuk memulangkan semula semua wang syarikat 1MDB yang diselewengkan olehnya dan penyangak jho low kepada pihak kerajaan Malaysia.
“Seandainya ini dilakukan oleh Najib Tun Razak untuk memulangkan semua wang-wang samunannya; kemungkinan besar beliau boleh merayu untuk meringankan setiap hukuman yang telah dan bakal dijatuhkan keatasnya oleh bidang kehakiman.”
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
