Tun M londehkan Anwar, Zahid – bukti hitam putih Zahid, ahli keluarga Anwar terima manfaat ketika Anwar Menteri Kewangan

“…pada 20 Jun 1999, Zahid mengaku bahawa beliau mendapat manfaat terus ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan…”

Raggie Jessy Rithaudeen

UNTUK PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI

Nota: Artikel ini dikemaskini daripada artikel yang saya siarkan pada 29 Mac 2023 untuk meliputi perkembangan terkini:

Pada perhimpunan agung UMNO 1999, ketua pemuda pada ketika itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyeru agar gejala rasuah, nepotisme dan kronisme dihapuskan sama sekali di Malaysia.

Walaupun Zahid tidak menamakan sesiapa, seruan itu jelas ditujukan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad (Datuk Seri pada ketika itu) dan disokong oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.




UNTUK PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI

Demi menegakkan kebenaran, Mahathir membuat kejutan apabila menerbitkan, secara tiba-tiba, senarai lengkap penerima pelbagai kontrak kerajaan, peluang penswastaan ​​dan peruntukan khas Bumiputera bagi ekuiti tersenarai awam.

Tahu tak saudara-saudari, bahawa bukan hanya kroni-kroni Anwar tersenarai, nama ayah dan abang Anwar serta nama Zahid turut tersenarai.

Barangkali sebab malu, kedua-dua Anwar dan Zahid terduduk terus dan tidak berani menyentuh isu rasuah, kronisme dan nepotisme selepas itu.

Namun, disebabkan tekanan pembangkang yang berterusan, pada 20 Jun 1999, Zahid mengaku bahawa beliau mendapat manfaat terus ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Zahid berkata; “Saya diberi peluang perniagaan (oleh Anwar), termasuk saham syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.”

Zahid menambah, beliau bertemu Mahathir secara peribadi dan memohon maaf.

“Saya memohon maaf kepada Dr Mahathir atas apa yang saya lakukan semasa saya memimpin sayap Pemuda parti.

Loading...

“Saya berikrar taat setia kepada Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan presiden UMNO, (dan juga kepada) perjuangan parti dan menegakkan maruah parti.”

Terkejut? Baca selanjutnya…

Nama anak lelaki Mahathir juga berada dalam senarai itu, namun Mahathir menjelaskan bahawa mereka hanya pemegang saham minoriti.

UNTUK PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI

“Jika saya ingin memberi (peluang) kepada keluarga saya, sudah tentu saya akan memberikan bahagian terbesar kepada mereka.

“Seperti yang kita lihat, nama anak saya ada dalam senarai tetapi mereka adalah pemegang saham minoriti,” katanya.

Sebaliknya, kroni-kroni Anwar jelas menerima banyak projek yang diswastakan semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan.

Untuk rekod, Anwar gagal mencabar dakwaan Mahathir dan tidak pernah menafikan kesahihan senarai tersebut.

Sebelum dipecat, Anwar adalah Menteri Kewangan, dan dia boleh sahaja menerbitkan bukti sekiranya benar Mahathir terlibat dalam gejala rasuah, kronisme atau nepotisme.

Tetapi Anwar gagal berbuat demikian.

Sebaliknya, Mahathir berjaya membuktikan, secara hitam putih, bahawa Anwar terlibat secara terus dalam gejala kronisme dan nepotisme.

Dalam ertikata lain, mereka yang menuduh Mahathir mengamalkan nepotisme dan kronisme sendiri terlibat dalam gejala itu.

Jadi bagaimanakah kita boleh mempercayai Anwar, sedangkan Anwar sendiri memiliki rekod menuduh orang melakukan perkara yang dia sendiri lakukan?

Baru-baru ini, Anwar dan Setiausaha Politiknya membuat beberapa tuduhan:

1. Tidak lama selepas anak Awnar dilantik sebagai penasihat Perdana Menteri, Anwar berkata, pihak yang “memberikan kontrak berbilion atau ratusan juta ringgit kepada anak atau menantu atau kroni ketika mereka berkuasa” tidak wajar menyuarakan bantahan berhubung pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat Perdana Menteri.

2. Selepas itu, pada satu konvensyen PKR, Anwar mendakwa kononnya Mahathir membolot untuk diri sendiri dan untuk ahli keluarga beliau.

3. Terkini, Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Md Akin, mencabar Mahathir untuk membenarkan SPRM menyiasatnya.

Tuduhan kedua sudah pun dijawab oleh Mahathir dengan tuntutan bukti, disusuli dengan tindakan saman apabila Anwar gagal menampilkan bukti,

Tuduhan pertama merupakan ‘kesilapan terbesar Anwar’, kerana secara tidak langsung, Anwar mengaku terlibat dalam gejala nepotisme.

Malah, tuduhan pertama Anwar boleh ditulis semula seperti berikut:

‘Jika anda mengamalkan nepotisme, jangan bantah jika saya juga mengamalkan nepotisme’.

Ini membuktikan bahawa Anwar telah memperdaya pengundi, kerana Anwar berjanji untuk melakukan reformasi, termasuk menghapuskan gejala rasuah, kronisme dan nepotisme.

Sebaliknya, apa yang Anwar buat adalah ‘menghalalkan’ nepotisme (pelantikan ahli keluarga sendiri) menerusi logik, “kalau awak boleh buat, jangan bantah jika saya buat.”

Bagi tuduhan ketiga, saya hendak bertanya kepada Setiausaha Politik Anwar:

1. Di manakah kotak-kotak bukti terhadap Mahathir yang dijanjikan oleh Anwar bertahun lamanya?

2. Jika benar Mahathir melakukan kesalahan, kenapa Anwar tidak membalas pendedahan hitam putih Mahathir pada 1999 dengan bukti hitam putih salah laku Mahathir?

3. Bukankah bukti hitam putih salah laku Mahathir (yang sememangnya tidak wujud) boleh diperolehi dengan mudah ketika Anwar bergelar Menteri Kewangan?

4. Kenapa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng memuji-muji pentadbiran Mahathir menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (2018)?

5. Kenapa Anwar sendiri memuji-muji pentadbiran Mahathir terdahulu pada retreat PKR di Port Dickson pada 19 Julai 2019?

6. Bukankah pujian-pujian ini bermakna banyak tuduhan Anwar, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng terhadap Mahathir tidak berasas?

7. Kenapa Anwar tidak mendedahkan kotak-kotak bukti terhadap Mahathir setelah Anwar keluar dari penjara atas empat tuduhan amalan rasuah yang Anwar lakukan (pada 1997)?

Anwar juga melantik seorang tertuduh jenayah rasuah dan orang yang Anwar sendiri mengaku terlibat dalam skandal LCS, sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apakah semua ini sebahagian daripada reformasi yang dijanjikan?

Tetapi saya tidak hairan, kerana dulu lagi, Anwar kuat berbohong, memfitnah dan mengganguu gugat kerajaan kerana kemaruk jawatan Perdana Menteri.

UNTUK PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...