
تون فيصل صح دڬنتوڠ دري امنو سلاما انم تاهون
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz. digantung keahliannya dalam UMNO selama tempoh enam tahun bermula semalam, 27hb Mac 2021.
Keputusan itu dibuat oleh Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) di bawah fasal 20.9 (b), (c) dan (f) Perlembagaan UMNO dibaca bersama perkara 3.1.2, 3.1.4 dan 3.1.6 Tataetika Ahli UMNO.
Sebelum ini, ada dakwaan bahawa Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipercayai menggerakkan agenda bagi menyekat peluang Tun Faisal menjadi calon bagi kawasan Parlimen Putrajaya.
Menurut laporan, ini selepas Ahli Parlimen Putrajaya itu dikatakan merancang agar Tun Faisal dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti dengan membuat aduan atas kesalahannya mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz. digantung keahliannya dalam UMNO selama tempoh enam tahun bermula semalam, 27hb Mac 2021.
Keputusan itu dibuat oleh Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) di bawah fasal 20.9 (b), (c) dan (f) Perlembagaan UMNO dibaca bersama perkara 3.1.2, 3.1.4 dan 3.1.6 Tataetika Ahli UMNO.
Menurut Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, hanya seorang sahaja yang digantung keahliannya dan tiada pemecatan dibuat melibatkan ahli UMNO lain.
“Ya, seorang sahaja,” katanya sepertimana dilaporkan media di pekarangan Menara Dato’ Onn malam semalam.
Laporan bersambung di bawah…
Sebelum ini, Utusan Online mendakwa Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipercayai menggerakkan agenda bagi menyekat peluang Tun Faisal menjadi calon bagi kawasan Parlimen Putrajaya.
Menurut laporan, ini selepas Ahli Parlimen Putrajaya itu dikatakan merancang agar Tun Faisal dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti dengan membuat aduan atas kesalahannya mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sumber itu yang juga Ahli Jawatankuasa Bahagian Putrajaya mendakwa, perancangan dibuat melalui satu pertemuan tertutup dengan sekumpulan kira-kira 50 ahli jawatan kuasa bahagian dan ketua cawangan untuk menyokong tindakan terseb
THE THIRD FORCE
Disunting daripada laporan asal oleh Utusan Online dan maklumat sumber dalaman UMNO
WAJIB BACA:
Muhyiddin sanggup tenggelamkan semua asalkan UMNO tidak mendahului PPBM di Pilihan Raya Umum ke-15
