THE THIRD FORCE
Tan Sri Apandi Ali,
Saya sangat terkejut.
Tiada kata-kata yang dapat menzahirkan apa yang saya rasa sekarang. Kenyataan yang dikeluarkan bahawa Robert Kuok secara senyap-senyap telah membiayai kumpulan bayangan dari dalam UMNO untuk memecah-belahkan orang Melayu adalah sesuatu yang sudah cukup menyakitkan. Namun, apabila isteri Tan Sri dikatakan mungkin membantu jutawan tersebut untuk menjadikan Cina sebagai pemerintah “de facto” di Malaysia, saya hampir mendapat serangan jantung.
Sejak pertengahan tahun lepas, saya telah bercakap tentang pergerakan kumpulan bayangan dalam UMNO yang kini dalam misi untuk mensabotaj pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak. Saya juga telah memberitahu bahawa seseorang dalam sektor perundangan terlibat dalam skim jahat ini untuk mensabotaj Kerajaan melalui tindakan subversif. Kemudian, tanpa diduga, Raja Petra Kamarudin (RPK) menulis bahawa jutawan Cina ini telah membiayai pergerakan yang sama sejak di akhir tahun tujuh puluhan.
Saya tak tau nak cakap apa!
Secara jujurnya Tan Sri, saya berasa sangat takut apabila mengetahui bahawa isteri Tan Sri, Puan Sri Faridah Begum mungkin telah dibayar berjuta-juta oleh Kuok untuk menerbitkan bahan yang dianggap subversif terhadap UMNO dan Kerajaan Malaysia. Adalah dikhabarkan bahawa, beliau melaksanakan tindakan keji ini melalui The Malaysian Insight (Insight), sebuah portal berita palsu yang diuruskan oleh abangnya sendiri, Jahabar Sadiq.
Adalah tidak penting bagi saya jika tuduhan ini benar atau tidak. Apa yang membimbangkan saya adalah keraguan yang timbul terhadap keupayaan Tan Sri untuk berfungsi secara profesional sebagai penasihat undang-undang utama kepada Kerajaan hasil dari tuduhan ini. Selagi wujud kemungkinan terdapat unsur-unsur ‘lajur kelima’ (fifth column) yang dilakukan oleh orang-orang yang dikaitkan dengan Tan Sri, tidak dapat dipastikan sejauh mana Tan Sri bersedia untuk mengekang usaha ini atau jika Tan Sri sendiri adalah salah seorang dari mereka.
Adakah Tan Sri salah seorang dari mereka?
Saya sangat takut memikirkan apa yang akan menjadi negara kita yang tercinta. Terima kasih kepada pendedahan RPK, saya tidak boleh lagi tidur malam dengan berasa selamat di bawah selimut kebebasan yang diberikan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman kepada kami pada tahun 1957. Bayangkan, kami diberitahu bahawa isteri Tan Sri dan Jahabar adalah pihak yang terlibat dengan konspirasi melibatkan DAP dan Pakatan Harapan untuk melaksanakan pemerintahan “de facto” Cina di Malaysia. Beritahu saya, adakah isteri Tan Sri merancang untuk merampas kebebasan yang ditawarkan oleh Tunku pada tahun 1957?
Berkemungkinan besar polis sedang menyiasat perkembangan ini. Menurut RPK, isteri Tan Sri sendiri yang membuka ruang kepada penemuan maklumat ini. Saya pasti Tan Sri masih ingat bagaimana isteri Tan Sri membuat laporan polis terhadap blogger tersebut dan Malaysia Today mengenai tuduhan yang tidak pernah diketahui umum. Khabar angin mengatakan bahawa beliau bimbang dengan tuduhan bahawa beliau dan rakan kongsi beliau di Inside Media Sdn Bhd – syarikat yang memiliki Insight – menerima kira-kira RM20 juta yang tidak tersenarai dalam rekod syarikat.
Bermungkinan besar penyiasatan akan dibuat ke atas kaedah pembiayaan yang diterima oleh Inside Media, hasil daripada laporan tersebut. Jika ia didapati melanggar undang-undang Malaysia, isteri Tan Sri dan mungkin abangnya juga akan disabitkan di dalam prosiding jenayah. Persoalannya, bolehkah kami mempercayai bahawa Tan Sri akan meletakkan undang-undang sebagai lebih utama, dan tidak prejudis dalam konteks peribadi terhadap isteri dan abang ipar Tan Sri?
Adakah Tan Sri faham sekarang kenapa Tan Sri tidak ada pilihan melainkan meletak jawatan? Demi Agama, Bangsa dan Negara, tolonglah, letaklah jawatan sebelum perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Kita telah melangkah jauh sejak tahun 1957 dan tidak boleh membiarkan ego dan prejudis peribadi menjatuhkan kedaulatan undang-undang Negara. Lakukanlah untuk Tunku, atau lakukanlah untuk Yang Dipertuan Agong.
Namun yang paling penting, lakukannya demi kebenaran dan keadilan.
Yang benar,
Raggie Jessy
Translation by: Fazrina
