‘Tommy Thomas wajib jelaskan kenyataannya yang tidak bertanggungjawab’ – Haniff Khatri

Haniff mempersoalkan apa yang dimaksudkan oleh Thomas dengan istilah “menggunakan mahkamah.” Sumber (gambar): Fail TTF

ءتومماي تومس واجب جلسكن كڽاتأنڽ يڠ تيدق برتڠڬوڠجوابء – حنيفف خطري

Tommy Thomas seharusnya memainkan peranan sebagai peguam negara untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan bagi menyiasat kemungkinan berlakunya campurtangan dalam urusan mahkamah jika itu yang dirasakannya.

Demikian menurut Mohamed Haniff Khatri Abdulla, ketika mengulas dakwaan Thomas kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana Tun Dr Mahathir Mohamad berasa terancam olehnya dan menggunakan mahkamah untuk menyekatnya.

“Adakah orang itu menggunakan mahkamah melalui salah campur dengan hakim-hakim tertentu berkaitan kes Anwar Ibrahim tahun 1998, atau adakah maksudnya orang berkenaan mempergunakan pejabat peguam negara dalam membawa pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim di mahkamah pada masa itu?

 “Yang mana satu maksud Tommy Thomas?

“Ini adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, tidak mematuhi kedaulatan undang-undang, dan yang lebih buruk, mengelirukan rakyat Malaysia.”


Tommy Thomas seharusnya memainkan peranan sebagai peguam negara untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan bagi menyiasat kemungkinan berlakunya campurtangan dalam urusan mahkamah jika itu yang dirasakannya.

Demikian menurut Mohamed Haniff Khatri Abdulla, ketika mengulas dakwaan Thomas kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana Tun Dr Mahathir Mohamad berasa terancam olehnya dan menggunakan mahkamah untuk menyekatnya.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Jika beliau percaya perkara itu berlaku, walaupun hanya sedikit, bukankah menjadi tanggungjawab utamanya sebagai peguam negara untuk menubuhkan jawatankuasa menyiasat perkara itu?

“Kenapa beliau tidak berbuat demikian dan mengesahkannya?”

Menurut Haniff, kegagalan Thomas bertindak atas apa yang dipercayainya membuktikan bahawa beliau tiada asas dalam mengeluarkan kenyataan “tidak bertanggungjawab” seperti itu.

“Tommy Thomas mesti menjawab ini,” kata Haniff dalam kenyataan.

Haniff turut mempersoalkan apa yang dimaksudkan oleh Thomas dengan istilah “menggunakan mahkamah.”

“Adakah orang itu menggunakan mahkamah melalui salah campur dengan hakim-hakim tertentu berkaitan kes Anwar Ibrahim tahun 1998, atau adakah maksudnya orang berkenaan mempergunakan pejabat peguam negara dalam membawa pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim di mahkamah pada masa itu?

“Yang mana satu maksud Tommy Thomas?

Loading...

“Ini adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, tidak mematuhi kedaulatan undang-undang, dan yang lebih buruk, mengelirukan rakyat Malaysia.

“Apabila seorang bekas peguam negara mencanangkan dan mencadangkan, kononnya, ada sesiapa boleh menggunakan mahkamah, maka dia wajib menjelaskan bagaimanakah sesiapa boleh gunakan mahkamah.”

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

‘Kami dulu korban demi rakyat, sekarang ada pengerusi GLC dapat sampai satu juta sebulan, saya rasa melampau’ – Tengku Razaleigh



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...