
تومماي تومس سهكن ليم كيت سياڠ ايڠين جاديكنڽ ڤڬوام نڬارا سجق 2013
Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas mengaku bahawa Lim Kit Siang inginkan beliau menjadi Peguam Negara sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (2013) lagi.
Menerusi penulisannya yang mengisahkan pengalamannya sewaktu menjadi Peguam Negara, Thomas berkata dia mendapat sokongan daripada Lim dan Karpal Singh untuk dilantik ke jawatan itu sekiranya Pakatan Rakyat, seperti yang disebut oleh gabungan itu, memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.
Dia juga mengimbas kembali bagaimana dia pernah mengunjungi mendiang Karpal di pejabatnya di Pudu sebelum tahun 2013 untuk bertanya apakah Karpal turut ingin bertanding untuk jawatan yang sama.
“Saya kemudian bertanya apakah dia ingin menjadi peguam negara, dan dia menjawab ‘tidak’. Saya kemudian memberitahu keinginan saya untuk menjadi Peguam Negara kepadnya.
“Karpal memberitahu dia akan menyokong pelantikan saya sepenuhnya, dan dia akan segera menyatakannya kepada rakan baiknya dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.”
PETALING JAYA: Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas mengaku bahawa Lim Kit Siang inginkan beliau menjadi Peguam Negara sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (2013) lagi.
Menerusi penulisannya yang mengisahkan pengalamannya sewaktu menjadi Peguam Negara, Thomas berkata dia mendapat sokongan daripada Lim dan Karpal Singh untuk dilantik ke jawatan itu sekiranya Pakatan Rakyat, seperti yang disebut oleh gabungan itu, memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.
Dalam memoirnya yang baru dilancarkan, Thomas menceritakan bagaimana dia bertemu dengan allahyarham Tun Salleh Abas untuk mendapatkan sokongan PAS dan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail ketika itu.
Thomas mendakwa dia disebut sebagai “calon terkemuka untuk jawatan peguam negara sekiranya kemenangan Pakatan pada PRU13”, yang diadakan pada tahun 2013.
Thomas walaubagaimanapun tidak mengenal pasti mereka yang menamakannya sebagai “calon terkemuka” tetapi menyebut ianya “kawan lama.”
Dia juga mengimbas kembali bagaimana dia pernah mengunjungi mendiang Karpal di pejabatnya di Pudu sebelum tahun 2013 untuk bertanya apakah Karpal turut ingin bertanding untuk jawatan yang sama.
“Saya kemudian bertanya apakah dia ingin menjadi peguam negara, dan dia menjawab ‘tidak’. Saya kemudian memberitahu keinginan saya untuk menjadi Peguam Negara kepadnya.
“Karpal memberitahu dia akan menyokong pelantikan saya sepenuhnya, dan dia akan segera menyatakannya kepada rakan baiknya dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.
“Kami bersepakat bahawa perkara itu akan dirahsiakan.”
Thomas turut mengaku pembangkang “tidak memenangi kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan persekutuan pada tahun 2013.”
“Oleh itu, pencalonan saya tetap menjadi rahsia, yang diketahui oleh beberapa orang sahaja”.
Thomas menambah, ketika PRU14 menghampiri tahun 2018, isu pelantikan Peguam Negara sekiranya Pakatan Harapan menang dibangkitkan lagi.
“Saya memberitahu Zainur (Zakaria) dan Ambiga (Sreenivasen) mengenai perbincangan saya dengan Tun Salleh dan Karpal Singh pada tahun 2013 dan sokongan mereka untuk pelantikan saya. Itu menyelesaikan masalah.
“Beberapa hari kemudian, Zainur, Ambiga dan saya mengunjungi Tun (Dr Mahathir) di pejabatnya. Zainur membicarakan peranan penting yang akan dimainkan oleh Peguam Negara baharu dalam pentadbiran Pakatan Harapan. Tun bersetuju dan secara khusus menyebut isu 1MDB .
“Kemudian Zainur mengesyorkan pelantikan saya, memuji pencapaian saya dan menyatakan bahawa saya akan menjadi calon yang ideal. Ambiga dan saya diam, begitu juga Tun.”
THE THIRD FORCE
Diterjemah dan diadaptasi dari laporan asal oleh The Star Online
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
