
Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini membenarkan permohonan rayuan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas untuk membatalkan prosiding komital (menghina mahkamah) yang difailkan bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, terhadapnya.
Jumaat lalu, Tommy melantik dua peguam swasta untuk mewakili beliau dalam rayuan terbabit iaitu Zainur Zakaria dan Datuk S Ambiga selain Peguam Kanan Persekutuan, S Narkunavathy serta Markiranjit Kaur.
Pada 27 Ogos lalu, Koroner Rofiah Mohamad membuat keputusan membenarkan prosiding komital itu didengar sebelum Peguam Negara memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap keputusan itu, dua hari kemudian.
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini membenarkan permohonan rayuan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas untuk membatalkan prosiding komital (menghina mahkamah) yang difailkan bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, terhadapnya.
Berikutan itu, Hakim Datuk Meor Hashimi Abd Hamid, menetapkan 12 Disember depan sebagai tarikh pendengaran hujahan berkenaan rayuan terbabit.
Meor Hashimi turut memerintahkan kedua-dua pihak iaitu defenden dan plaintif mengemukakan hujahan masing-masing kepada pihak mahkamah sebelum 9 Disember ini.
Jumaat lalu, Tommy melantik dua peguam swasta untuk mewakili beliau dalam rayuan terbabit iaitu Zainur Zakaria dan Datuk S Ambiga selain Peguam Kanan Persekutuan, S Narkunavathy serta Markiranjit Kaur.
Pada 27 Ogos lalu, Koroner Rofiah Mohamad membuat keputusan membenarkan prosiding komital itu didengar sebelum Peguam Negara memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap keputusan itu, dua hari kemudian.
Pada 16 Julai lalu, Mohd Kassim Abdul Hamid, 65, memfailkan permohonan perintah komital kepada Peguam Negara kerana menghina mahkamah berkaitan proses inkuiri kematian anaknya.
Permohonan secara ex-parte (sebelah pihak) dibuat melalui Tetuan Mohd Zubir Embong & Associate di Pejabat Pendaftar Mahkamah Koroner.
Sumber:
