Titah Agong terkini tamparan kencang buat kerajaan pimpinan Muhyiddin

“Hari ini, terbukti bahawa Yang Di-Pertuan Agong bukan hanya inginkan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan di parlimen, tetapi juga Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan yang telah dikeluarkan sejak Darurat berkuatkuasa. Dan memandangkan Raja-Raja Melayu sependapat bahawa angka Covid-19 tetap meningkat meskipun Darurat diisytiharkan, ahli-ahli parlimen perlu membahaskan kegagalan kerajaan memanfaatkan Darurat dan motif sebenar Muhyiddin menasihati Agong untuk mengisytiharkan Darurat”

Raggie Jessy Rithaudeen

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Kegagalan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mematuhi titah Yang Di-Pertuan Agong bertarikh 16hb Jun 2021 agar parlimen bersidang secepat mungkin telah mengundang reaksi daripada Seri Paduka Baginda Tuanku.

Tengah hari tadi, Istana Negara mengumumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.




Perkara itu disahkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, yang berkata, Tuanku mengambil ketetapan itu setelah mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara awal hari ini.

Titah ini merupakan tamparan kencang buat kerajaan gandingan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional yang selama ini membuat pelbagai tafsiran tidak tepat berhubung kuasa sebenar Yang Di-Pertuan Agong dalam tempoh Darurat yang dikuatkuasakan pada 12hb Januari 2021.

Titah ini bermakna Yang Di-Pertuan Agong tidak berpuas hati terhadap menteri-menteri kerajaan yang secara langsung ‘mencabar’ dan menghina Seri Paduka Baginda Tuanku serta mencalar maruah Raja-Raja Melayu menerusi tafsiran-tafsiran yang berbahaya.

Khamis lalu, saya menulis:

14. Dakwaan Apandi Ali bahawa Peruntukan Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan jelas menunjukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan Kabinet kurang tepat dalam konteks Darurat yang sedang berjalan (KLIK DI SINI UNTUK PENJELASAN LENGKAP).

15. Dalam situasi ini, kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Peguam Negara seharusnya bertindak segera memperbetulkan persepsi palsu yang ditimbulkan oleh Apandi Ali dan Tun Abdul Hamid demi memelihara maruah Raja-Raja Melayu di kaca mata rakyat (klik di sini untuk tonton video yang menjelaskan perkara ini).

16. Malangnya, Muhyiddin tidak berbuat apa-apa dan terus-menerus menghina Raja-Raja Melayu dengan tidak mengendahkan titah Yang Di-Pertuan Agong, sekaligus menyampaikan mesej buruk kepada rakyat bahawa kerajaan pimpinannya terlalu berkuasa dan boleh melakukan apa sahaja tanpa mempedulikan maruah Raja-Raja Melayu.

Loading...

Ianya turut mendorong rakyat untuk memandang remeh kuasa-kuasa berperlembagaan yang ada pada Raja-Raja Melayu dan titah Yang Di-Pertuan Agong malah memberi mesej kepada rakyat bahawa titah Seri Paduka Baginda Tuanku adalah sesuatu yang tidak wajib dituruti.

Sebelum itu, saya menulis:

Penggunaan istilah “secepat mungkin” oleh Yang Di-Pertuan Agong apabila meminta parlimen bersidang berkemungkinan besar bermaksud Seri Paduka Baginda Tuanku mengharapkan Muhyiddin memulakan, dengan kadar segera, prosedur yang diperlukan untuk membolehkan parlimen bersidang.

Ini menjadi nyata apabila kita melihat, bahawa salah satu sebab utama Raja-Raja Melayu bersetuju diadakan segera sidang parlimen adalah untuk membenarkan ahli-ahli Parlimen membahaskan “Pelan Pemulihan Negara” yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pelan inilah Muhyiddin menyatakan komitmennya untuk mengadakan sidang parlimen pada bulan September atau Oktober, sekaligus bermakna Yang Di-Pertuan Agong tidak bersetuju dengan tarikh tersebut dan mahu parlimen bersidang lebih awal.

Jika dikaji bersama titah Yang Di-Pertuan Agong sebelum ini bahawa tidak ada halangan bagi parlimen bersidang di bawah Darurat, amat jelas bahawa Raja-Raja Melayu mahukan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan notis untuk membolehkan persidangan parlimen diadakan sebelum tamat Darurat.

Apakah sebabnya Raja-Raja Melayu ingin parlimen bersidang sebelum tamat Darurat?

Untuk melihat samada Tan Sri Muhyiddin Yassin mematuhi ‘arahan’ untuk parlimen bersidang segera dan melihat jika kerajaan mampu mempertahankan Pelan Pemulihan Negara apabila dibahaskan.

Hari ini, terbukti bahawa Yang Di-Pertuan Agong bukan hanya inginkan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan di parlimen, tetapi juga Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan yang telah dikeluarkan sejak Darurat berkuatkuasa.

Dan memandangkan Raja-Raja Melayu sependapat bahawa angka Covid-19 tetap meningkat meskipun Darurat diisytiharkan, ahli-ahli parlimen perlu membahaskan kegagalan kerajaan memanfaatkan Darurat dan motif sebenar Muhyiddin menasihati Agong untuk mengisytiharkan Darurat.

WAJIB BACA: 

#KerajaanGagal: Lafaz ikrar saya kepada Yang DI-Pertuan Agong



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...