Raggie Jessy Rithaudeen
تينجاوان ڤرو15: باريسن ناسيونل ككال چارات ڤريستاسي تربوروق سلڤس ليما هاري
Barisan Nasional (BN) kekal dalam julat penerimaan enam hingga lapan peratus dalam tinjauan online gabungan pilihan rakyat, yang dilancarkan oleh TTF pada 30hb Oktober 2022 (KLIK DI SINI UNTUK MENGUNDI).
Walaupun ditonton oleh lebih sejuta rakyat Malaysia setelah diwar-warkan menerusi banyak saluran, termasuk Facebook Live, You Tube Live, Telegram dan Tik Tok, BN tidak mampu melepasi julat ini dan ketinggalan jauh ke belakang GTA dan Perikatan Nasional.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Manakala itu, Pakatan Harapan kekal dalam julat penerimaan 17 hingga 18 peratus, berbanding Perikatan Nasional yang mencatatkan 27 peratus perolehan undi.
GTA setakat ini mendahului dengan 48 peratus perolehan undi.
TTF turut melancarkan pusingan undian baharu sebentar tadi untuk mendapatkan anggaran kasar pecahan undi berdasarkan parti-parti komponen utama setiap gabungan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas kecenderungan pengundi pada PRU15 (KLIK DI SINI UNTUK MENGUNDI).
Perlu diingatkan, undian sebegini dianggarkan mempunyai tahap ketepatan 80 – 85 peratus dan lebih menggambarkan jangkaan peratus undi popular berbanding jumlah perolehan kerusi.
