“Rakyat Malaysia yakin dengan system kehakiman negara dan tidak sekali-kali meragui sebarang keputusan yang diambil oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dalam rayuan terakhir Najib berhubung kes penyelewengan dana SRC”
Raggie Jessy Rithaudeen
تيندقن زاهيد، مت حسن ڤرتيكاي كڤوتوسن حاكيم محكمه ڤرسكوتوان برباور هاسوتن، چماري ڤروسيس رايوان
Tindakan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mempertikai keputusan Mahkamah Persekutuan berbaur hasutan dan mampu mencemari proses rayuan terakhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
Merujuk kepada keputusan hakim menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memasukkan bukti tambahan, Zahid berkata, badan kehakiman sepatutnya menjadi tunjang kepercayaan mutlak rakyat terhadap benteng utama kedaulatan undang-undang.
Mohamad pula memberi gambaran Mahkamah bertindak secara terburu-buru, sedangkan, segala apa yang berlaku pada hari Isnin dan Selasa adalah menurut prosedur perundangan yang betul.
Manakala itu, Zahid tidak memberi sebarang penjelasan perundangan bagaimana keputusan Mahkamah melanggari prinsip kedaulatan undang-undang atau tersasar dari landasan kebenaran, samada secara am atau dari sudut kehakiman.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Memandangkan kes rayuan akhir Najib merupakan kes berprofil tinggi yang menjadi tumpuan seluruh dunia, saya berpendapat bahawa kenyataan-kenyataan sebegini yang dilafazkan oleh pemimpin parti politik terbesar tanah air adalah amat berbahaya, berbaur hasutan, mencemari proses rayuan dan bersempadankan penghinaan mahkamah.
Saya ingin menasihati Zahid untuk memberi tumpuan terhadap kes Mahkamahnya sendiri yang melibatkan berpuluh-puluh tuduhan jenayah berat, di samping pendedahan terkini yang membuktikan peranan beliau dalam skandal LCS.
Saya ingin menegaskan, bahawa rakyat Malaysia yakin dengan system kehakiman negara dan tidak sekali-kali meragui sebarang keputusan yang diambil oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dalam rayuan terakhir Najib berhubung kes penyelewengan dana SRC.
Saya secara peribadi cukup memahami keputusan Hakim untuk tidak membenarkan pasukan peguam Najib mengemukakan keterangan baharu berhubung dakwaan “konflik kepentingan” Mohd Nazlan dan kenapa dakwaan ini tidak berasas.
Saya menasihati Zahid dan Mohamad untuk tidak menipu rakyat dengan kenyataan “kami tidak sesekali mencampuri urusan mahkamah,” sedangkan kata-kata yang dilafazkan mereka jelas berbaur hasutan dan mencemari proses rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Berikut merupakan komen saya di Facebook:
