Tindakan MIC keluar Perikatan Nasional disebabkan Azmin, tiada kaitan ‘semangat setiakawan UMNO’

Penyertaan Azmin dalam PPBM dilihat sebagai percubaan beliau untuk mengawal parti-parti lain dalam Perikatan Nasional dan tidak disenangi oleh MIC. Sumber (gambar): Fail TTF

تيندقن ميچ كلوار ڤريكتن ناسيونل دسببكن عزمين، تياد كاءيتن ءسماڠت ستياكاوان امنوء

Keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuka keahlian kepada bukan Melayu, penglibatan Datuk Seri Azmin Ali dalam Perikatan Nasional dan kenyataan Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengenai penutupan sekolah vernakular antara punca MIC menarik diri daripada gabungan itu.

Pendedahan ini mirip apa yang disampaikan kepada TTF oleh sumber dalaman PPBM, yang turut mendedahkan penyertaan Azmin dijangka menyebabkan lebih 85 peratus pemimpin bahagian dan cawangan keluar parti sebelum penghujung bulan September.

Proaganda kononnya MIC membatalkan rancangannya untuk bersama Perikatan Nasional disebabkan “semangat setiakawannya” dengan UMNO turut palsu memandangkan MIC mengorak langkah untuk menyertai gabungan itu biarpun tahu UMNO tidak ingin terlibat sama.

Propaganda ini disyaki ditimbulkan untuk menangkis kritikan dari pihak lawan bahawa Barisan Nasional kini berada dalam fasa keretakkan disebabkan kesedaran parti-parti komponen bahawa hubungan UMNO-PAS makin terjejas dan tidak mampu meraih undi majoriti.


PETALING JAYA: Keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuka keahlian kepada bukan Melayu, penglibatan Datuk Seri Azmin Ali dalam Perikatan Nasional dan kenyataan Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengenai penutupan sekolah vernakular antara punca MIC menarik diri daripada gabungan itu.

Ini menurut sebuah portal berita yang mendakwa, penyertaan Azmin dalam PPBM dilihat sebagai percubaan beliau untuk mengawal parti-parti lain dalam Perikatan Nasional dan tidak disenangi oleh MIC.




Pendedahan ini mirip apa yang disampaikan kepada TTF oleh sumber dalaman PPBM, yang turut mendedahkan penyertaan Azmin dijangka menyebabkan lebih 85 peratus pemimpin bahagian dan cawangan keluar parti sebelum penghujung bulan September.

Justeru, jangkaan awal bahawa PPBM mungkin akan tinggal hanya 20 peratus pemimpin bahagian dan cawangan tidak tepat kerana ramai lagi diramalkan akan berundur disebabkan faktor Azmin dan keputusan PPBM membenarkan bukan Muslim menjawat jawatan parti.

Proaganda kononnya MIC membatalkan rancangannya untuk bersama Perikatan Nasional disebabkan “semangat setiakawannya” dengan UMNO turut palsu memandangkan MIC mengorak langkah untuk menyertai gabungan itu biarpun tahu UMNO tidak ingin terlibat sama.

Propaganda ini disyaki ditimbulkan untuk menangkis kritikan dari pihak lawan bahawa Barisan Nasional kini berada dalam fasa keretakkan disebabkan kesedaran parti-parti komponen bahawa hubungan UMNO-PAS makin terjejas dan tidak mampu meraih undi majoriti.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...