
تركيني: نجيب ترڤراڠكڤ، تروس ڤوتر بليت كڽاتأن
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
NAJIB BERKATA, Keputusan Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam semalam bukan bermaksud menarik sokongan kepada kerajaan gandingan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).
Kenyataan ini bukan hanya tidak masuk akal, ianya mempunyai unsur putar belit yang amat jelas dan sudah semestinya diketahui oleh Najib sendiri.
Ini kerana, peruntukan Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa seluruh angota Jemaah Menteri perlu letak jawatan secara otomatik sekiranya Perdana Menteri meletakkan jawatan atau hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
Ini bermakna, jika ahli-ahli parlimen UMNO secara keseluruhan atau mereka yang sehaluan dengan Najib (seramai tujuh orang, termasuk Najib dan Zahid) menarik sokongan terhadap Muhyiddin, kerajaan secara otomatik akan tumbang.
Jika benar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Najib menyokong keputusan kolektif MKT untuk menarik sokongan UMNO terhadap Muhyiddin, mereka perlu segera membuat pengesahan secara bertulis ataupun live keputusan peribadi mereka selaku ahli parlimen untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin.
PETALING JAYA: Keputusan Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam semalam bukan bermaksud menarik sokongan kepada kerajaan gandingan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).
Ini menurut ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang berkata, keputusan itu bermaksud UMNO menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai memberi laluan kepada pentadbiran sementara dengan tempoh dan matlamat tetap bagi menyelesaikan isu COVID-19.
Kenyataan ini bukan hanya tidak masuk akal, ianya mempunyai unsur putar belit yang amat jelas dan sudah semestinya diketahui oleh Najib sendiri.
Ini kerana, peruntukan Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa seluruh angota Jemaah Menteri perlu letak jawatan secara otomatik sekiranya Perdana Menteri meletakkan jawatan atau hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
Ini bermakna, jika ahli-ahli parlimen UMNO secara keseluruhan atau mereka yang sehaluan dengan Najib (seramai tujuh orang, termasuk Najib dan Zahid) menarik sokongan terhadap Muhyiddin, kerajaan secara otomatik akan tumbang.
Justeru, secara efektif, penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri membawa maksud yang sama dengan penarikan sokongan terhadap kerajaan. Apakah Najib tidak tahu perkara ini ataupun buat-buat tidak tahu?
Jika benar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Najib menyokong keputusan kolektif MKT untuk menarik sokongan UMNO terhadap Muhyiddin, mereka perlu segera membuat pengesahan secara bertulis ataupun live keputusan peribadi mereka selaku ahli parlimen.
Ini perlu disusuli dengan kenyataan yang sama dari lima lagi ahli parlimen yang kononnya penyokong mereka, menjadikan jumlah keseluruhan ahli-ahli parlimen yang mengumumkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin seramai tujuh orang.
Pengumuman ini akan secara otomatik menjadikan kerajaan pimpinan Muhyiddin tidak sah pada 1hb Ogos 2021 apabila tamat Darurat.
Jika Najib dan Zahid gagal berbuat demikian atau melenggahkan masa, kita boleh menganggap bahawa keputusan MKT semalam sandiwara semata-mata dan usaha tersirat Najib dan Zahid untuk memaksa Muhyiddin memasuki perjanjian dengan mereka (rujuk video bawah)
WAJIB TONTON:
WAJIB BACA:
