Terkini: Muhyiddin Yassin tumbang, UMNO putuskan tarik sokongan terhadap kerajaan berkuatkuasa serta merta

Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sumber (gambar): Fail TTF

تركيني: محي الدين يسٓ تومبڠ، امنو ڤوتوسكن مناريق سوكوڠن ترهادڤ كراجأن بركواتكواس سرتا مرتا

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan sebentar tadi keputusan Majlis Kepimpinan tertinggi UMNO untuk menarik balik sokongan parti itu terhadap kerajaan.

Perkara itu diumumkan dalam satu sidang media khas, di mana Zahid turut mengumumkan keputusan UMNO untuk menolak pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada dasarnya telah tumbang. Namun, disebabkan Darurat, Muhyiddin boleh terus kekal berkuasa sehingga 1hb Ogos 2021 apabila tamat Darurat.

Sebelum ini, Raja-Raja Melayu mencapai kesefahaman bahawa Darurat tidak perlu dilanjutkan selepas 1hb Ogos 2021.


PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan sebentar tadi keputusan Majlis Kepimpinan tertinggi UMNO untuk menarik balik sokongan parti itu terhadap kerajaan.

Perkara itu diumumkan dalam satu sidang media khas, di mana Zahid turut mengumumkan keputusan UMNO untuk menolak pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.




Biarpun Zahid pernah mengumumkan bahawa penyertaan UMNO dalam kerajaan hanya melibatkan “ahli-ahli parlimen” dan bukannya UMNO secara en bloc, ahli-ahli parlimen ini tetap terikat dengan keputusan Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) yang boleh disifatkan sebagai dasar parti.

Atas dasar itu, Muhyiddin kini kehilangan sokongan 38 ahli parlimen dari UMNO dan sah tidak memiliki sokongan majoriti.

Jika ada mana-mana ahli parlimen yang membuat keputusan bertentangan dengan dasar parti dan mengumumkan sokongannya terhadap kerajaan, Lembaga Disiplin UMNO boleh mengambil tindakan yang sewajarnya, termasuk memecat ahli parlimen itu.

Setakat ini, seramai lima ahli parlimen ‘penyokong tegar’ Datuk Seri Najib Tun Razak dan Zahid (Team A) bersetuju untuk tunduk pada kehendak akar umbi dan menarik sokongan UMNO terhadap kerajaan.

Empat lagi ahli parlimen yang tidak tergolong dalam Team A turut bersetuju untuk menarik sokongan terhadap kerajaan, menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang menyokong tindakan ini seramai 11 orang.

Namun, bilangan mereka tidak setanding dengan Team B (25-27 ahli parlimen) yang ingin terus kekal dalam kerajaan sehingga bubar parlimen.

Apa pun, kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada dasarnya telah tumbang. Namun, disebabkan Darurat, Muhyiddin boleh terus kekal berkuasa sehingga 1hb Ogos 2021 apabila tamat Darurat.

Loading...

Sebelum ini, Raja-Raja Melayu mencapai kesefahaman bahawa Darurat tidak perlu dilanjutkan selepas 1hb Ogos 2021.

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...