Terkini: Lokman sah dipecat, ke Jepun cuba runding dengan Azmin?

“Saya mengesyaki Lokman telah ke Jepun untuk cuba berunding dengan Azmin, di mana rundingan tersebut mungkin juga melibatkan Anwar sekiranya benar maklumat yang diterima bahawa Anwar turut telah pergi ke Jepun”

Raggie Jessy Rithaudeen

ركيني: لقمان صح دڤچت، ك جيڤون چوبا رونديڠ دڠن عزمين؟

Malam semalam, saya diberitahu bahawa Majlis Kempimpinan Tinggi UMNO ada membincangkan isu kerjasama PPBM-UMNO, di mana perbincangan tersebut disifatkan sebagai “panas dan tidak konklusif.”




Saya turut dimaklumkan bahawa penafian yang dibuat oleh Datuk Seri Bung Moktar bin Radin berhubung perbincangan itu adalah menurut kehendak MKT UMNO, khususnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tidak lama selepas itu, saya dimaklumkan bahawa MKT UMNO sebenarnya mencapai dua keputusan penting tetapi sepakat untuk tidak mendedahkannya kepada media selagi PAS belum bersidang dan selagi pihak Jawatankuasa Muafakat Nasional tidak bertemu.

Menurut sumber, UMNO memutuskan untuk memecat Datuk Lokman bin Noor Adam biarpun pengumuman yang dibuat oleh Datuk Bung Moktar bin Radin menyatakan parti berkenaan menyerahkan kepada Lembaga disiplin untuk menyiasat dan mengambil tindakan.

Sumber tersebut memberitahu perbincangan MKT berhubung gabungan perpaduan baru melibatkan UMNO, PPBM dan PAS “tidak konklusif” kerana UMNO hanya akan memuktamadkannya bersama PAS Isnin ini setelah Jawatankuasa Muafakat Nasional bertemu.

Untuk makluman, PAS akan mengadakan mesyuarat hari ini bagi membincangkan kerjasama dengan PPBM dan kumpulan-kumpulan lain dari Pakatan Harapan, termasuk kem Datuk Seri Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.

PAS dijangka akan bersetuju dengan kerjasama tersebut memandangkan kepimpinan tertingginya dan Majlis Syura sudah lama bersetuju untuk menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan sebarang langkah yang mampu mencantas DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbincangan-perbincangan ini dijangka akan menjurus kepada runtuhnya Pakatan Harapan dan meletakkan titik nokhtah kepada penglibatan DAP dalam kerajaan.

Loading...

Ianya turut akan menjadi detik permulaan kepada kehancuran DAP yang kita kenali hari ini apabila sebilangan besar pemimpin dari parti berkenaan yang tidak berpihak kepada Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Nga Kor Ming bertindak keluar parti bagi menyertai gabungan baru yang bakal terbentuk.

Kesemua ini akan memusnahkan impian Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8. Pada ketika ini, gandingan Mahathir bersama Azmin dan Zuraida memiliki sokongan majoriti ahli-ahli parlimen, termasuklah dari UMNO, AMANAH, PPBM, WARISAN, PAS, Sabah dan Sarawak.

Saya diberitahu bahawa Azmin baru selesai dengan urusan rasminya di Jepun. Apa yang aneh, bukan hanya Lokman dikhabarkan turut ke Jepun, terdapat beberapa sumber dari PKR dan juga UMNO yang memberitahu Anwar juga telah ke Jepun, mungkin untuk bersama Lokman.

Saya sebenarnya tidak dapat mengesahkan kesahihan maklumat berhubung pergerakan Anwar ke Jepun. Walaubagaimanapun, terdapat dua sumber dari media yang mengesahkan ada terdengar akan perkara itu dari sumber masing-masing tetapi turut tidak dapat memastikan kesahihanya.

Sebelum ini, saya berulang kali mendedahkan urusan Lokman dengan kem Anwar di mana Lokman sudah lama cuba mempengaruhi kumpulan-kumpulan tertentu dari dalam dan luar UMNO, secara senyap, untuk menyokong Anwar biarpun tahu DAP akan amat berkuasa sekiranya Anwar diangkat menjadi Perdana Menteri.

Lokman dikhabarkan menerima arahan daripada kem Anwar untuk menekan Azmin berhubung kes video seks yang didakwa pihak-pihak tertentu memaparkan Azmin bersama Haziq Abdullah dalam adegan seks yang kurang menyenangkan.

Anwar sebenarnya sudah lama curiga dengan hubungan akrab Azmin-Mahathir dan amat gentar Azmin akhirnya akan diangkat menjadi Perdana Menteri ke-8.

Justeru, beliau mengerahkan kumpulan-kumpulan penyokongnya untuk memberikan tekanan kepada Mahathir agar ahli-ahli parlimen yakin beliau memiliki sokongan majoriti dan menyokong usul undi tidak percaya beliau terhadap Mahathir.

Malangnya, bukan hanya rancangan tersebut gagal, tindakan Lokman memberikan tekanan kepada Azmin berhubung video seks Haziq hanya menyebabkan lebih ramai pemimpin PKR beralih ke kem Azmin.

Ini memandangkan sebilangan besar pemimpin PKR tahu akan hubungan Lokman dan kem Anwar dan mengesyaki tindak-tanduk Lokman adalah menurut kehendak Anwar.

Apa pun, Anwar, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang pada ketika ini dikatakan berada dalam keadaan begitu terdesak kerana dapat rasakan Pakatan Harapan bakal runtuh tidak lama lagi.

Justeru, saya mengesyaki Lokman telah ke Jepun untuk cuba berunding dengan Azmin, di mana rundingan tersebut mungkin juga melibatkan Anwar sekiranya benar Anwar turut telah pergi ke Jepun.

Bersambung…



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...