
Dato’ Seri Anwar Ibrahim diberi amaran supaya tidak berangan-angan menjadi Perdana Menteri sekiranya sayangkan keharmonian bangsa dan negara.
Menurut pengerusi bersama GBN, Raggie Jessy Rithaudeen, Anwar dikatakan terlibat secara tidak langsung dengan satu rundingan rahsia bersama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan untuk membawa masuk pistol, sub-machinegun, pelancar roket dan dron ke negara ini.
Menurut Raggie lagi, terdapat khabar mengatakan orang-orang Anwar berunding dengan ahli-ahli parlimen tertentu dengan niat ‘membeli’ sokongan mereka untuk menggulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Anwar memberi persepsi seolah-olah mempunyai sokongan sebilangan besar ahli parliemen. Hakikatnya, beliau tidak mempunyai bilangan yang cukup untuk mengusulkan undi tidak percaya.
Oleh: Sazali Yunus
SUBANG JAYA: Dato’ Seri Anwar Ibrahim diberi amaran supaya tidak berangan-angan menjadi Perdana Menteri sekiranya sayangkan keharmonian bangsa dan negara.
Demikianlah mesej yang disampaikan Gerakan Bangsa Nasional sebentar tadi menerusi satu sidang media yang diadakan di sini pada pukul 3.30 petang.
Menurut pengerusi bersama GBN, Raggie Jessy Rithaudeen, Anwar dikatakan terlibat secara tidak langsung dengan satu rundingan rahsia bersama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan untuk membawa masuk pistol, sub-machinegun, pelancar roket dan dron ke negara ini.
Rundingan tersebut dilakukan dengan bantuan seorang yang bernama Dato’ Ishak Ismail dan melibatkan sebuah anak syarikat milik anak Erdogan.
“Anwar juga terlibat dengan kes liwat selain daripada dua kes sebelum ini dimana beliau disabitkan bersalah di mahkhamah.
“Beliau turut dikaitkan dengan penipuan semasa menyandang jawatan Menteri Kewangan dengan niat menutup kerugian sebenar Bank Negara yang dianggarkan bernilai RM31.5 bilion ketika skandal forex memuncak.
Menurut Raggie, terdapat khabar mengatakan orang-orang Anwar berunding dengan ahli-ahli parlimen tertentu dengan niat ‘membeli’ sokongan mereka untuk menggulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Anwar memberi persepsi seolah-olah mempunyai sokongan sebilangan besar ahli parliemen. Hakikatnya, beliau tidak mempunyai bilangan yang cukup untuk mengusulkan undi tidak percaya.
“Itulah yang saya diberitahu. Anwar berangan angan mengusulkan undi tidak percaya dan cuba memberikan persepsi beliau kuat supaya majoriti ahli parliemen akan sokong usul tersebut.
“Jangan bermimpi. Malaysia tanpa Anwar lebih harmoni, kerana sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, DAP akan bermaharajalela. Hancurlah puak Melayu-Islam dan Bumiputra.”
SAZALI YUNUS
