
ركيني: اڬوڠ اولڠي تيته – ڤرليمين ڤرلو برسيدڠ سچڤت موڠكين
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Tuanku berpandangan, persidangan itu perlu dilakukan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard COVID-19 yang ditetapkan Kerajaan dan Parlimen Malaysia.
“Ini bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang telah dikeluarkan, dapat dibentangkan di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (3)Perlembagaan Persekutuan,” kata Ahmad Fadil lagi.
Turut menyertai sesi itu ialah Timbalan Speaker Dewan Negara Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, dan dua TImbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Tuanku berpandangan, persidangan itu perlu dilakukan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard COVID-19 yang ditetapkan Kerajaan dan Parlimen Malaysia.
Jelas beliau lagi, Tuanku Baginda mengambil ketetapan itu setelah mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara, awal hari ini.
“Susulan sesi menghadap ini, dan lanjutan daripada sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang berlangsung pada 16 Jun, 2021, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin, dengan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard COVID-19 yang ditetapkan Kerajaan dan Parlimen Malaysia.
BACA JUGA: SOKONG KEMPEN BENDERA PUTIH
“Ini bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang telah dikeluarkan, dapat dibentangkan di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (3)Perlembagaan Persekutuan,” kata Ahmad Fadil lagi.
Turut menyertai sesi itu ialah Timbalan Speaker Dewan Negara Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, dan dua TImbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon.
Sumber:
WAJIB BACA:
