
3 كتوا ڤرتي بن تنداتاڠن اوندي تيدق ڤرچاي زاهيد، راماي اهلي ڤرليمين بن دلاڤور سوكوڠ ڤن
Nota: Rujuk juga dokumen undi tidak percaya di hujung bawah, ditandatangani oleh ketua-ketua tiga parti komponen Barisan Nasional
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengulangi pendiriannya untuk membentuk kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Sementara itu, sumber TTF memaklumkan bahawa ramai ahli parlimen BN cenderung ke arah kerjasama BN-PN dan tidak ingin dikaitkan dengan PH atau DAP.
Menurutnya, di hampir semua mesyuarat kepimpinan yang diadakan, suasananya hampir selalu tegang, dengan perselisihan di antara kumpulan “pro-PN” dengan presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Zahid mendengar pandangan ahli-ahli parti UMNO untuk beliau meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab atas kekalahan teruk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengulangi pendiriannya untuk membentuk kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Ahad lalu, Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata parti itu bersetuju untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan empat gabungan di Semenanjung Malaysia dan Sabah bagi memperkukuh dan menstabilkan negara.
Beliau berkata kerajaan campuran dengan PN, BN, dan GRS telah dipersetujui semasa pertemuannya dengan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sementara itu, sumber TTF memaklumkan bahawa ramai ahli parlimen BN cenderung ke arah kerjasama BN-PN dan tidak ingin dikaitkan dengan PH atau DAP.
Menurutnya, di hampir semua mesyuarat kepimpinan yang diadakan, suasananya hampir selalu tegang, dengan perselisihan di antara kumpulan “pro-PN” dengan presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Manakala itu, desakan agar Zahid berundur terus meningkat.
Hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Zahid mendengar pandangan ahli-ahli parti UMNO untuk beliau meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab atas kekalahan teruk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ini disusuli kenyataan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon, yang berkata, Zahid tidak layak memimpin BN susulan surat yang dihantar ke Istana Negara untuk memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Terdahulu, beberapa pemimpin utama UMNO dan bahagian-bahagian parti itu di seluruh negara mendesak agar Zahid meletak jawatan.
RJ RITHAUDEEN
