TERDESAK

TONTON JUGA: Penahanan MB Perlis dan kesannya pada PRK Kuala Kubu Baharu

Raggie Jessy Rithaudeen

Sudah hampir setahun setengah kerajaan PH-BN tertubuh selepas PRU15.

Dalam tempoh itu, negara kita berdepan pelbagai krisis yang seakan-akan tidak diiktiraf sebagai krisis oleh kerajaan.




Antaranya, krisis bekalan beras tempatan, krisis matawang (terburuk dalam lebih 3 dekad), krisis ekonomi, krisis politik, suhu perkauman yang tinggi…macam-macam lagi…

Rakyat cukup resah, cukup terdesak – kos sara hidup kini berada pada paras luarbiasa tinggi…

Semua ini tidak pernah terjadi di bawah pentadbiran-pentadbiran terdahulu.

Malah, pada ketika ringgit dan ekonomi jauh lebih kukuh di bawah pentadbiran terdahulu, ada seorang pemimpin yang kini bergelar menteri berkata negara kita boleh bankrap.

Namun, hari ini, dalam keadaan ringgit dan ekonomi buruk, menteri yang sama berkata keadaan negara kita beransur baik.

Setakat pengamatan saya, tidak pernah ada kerangka kerja atau dasar pemulihan matawang dan ekonomi yang berkesan diumumkan, baik bagi jangka pendek, sederhana mahupun panjang.

Kerajaan pula sibuk menarik subsidi dan meningkatkan cukai walaupun langkah ini tidak masuk akal dari sudut asas ekonomi dan keadaan ekonomi semasa.

Loading...

Di samping itu, langkah ini bercanggah dengan prinsip asas perjuangan PH dan janji-janji yang ditabur sebelum berkuasa.

Sebenarnya, terlalu banyak janii ‘dicapati’, dan PH gagal memberi sebarang penjelasan memuaskan.

Namun, bukan hanya PH-BN yang gagal…

Hakikatnya, ramai pemimpin kerajaan dan pembangkang terlalu sibuk berpolitik dan gagal memainkan peranan masing-masing secara berkesan.

Kerajaan dilihat bersikap berat sebelah dalam menangani isu-isu politik dan 3R, dan pembangkang pula terlalu pesimistik dan tidak menawarkan penyelesaian alternatif.

Ini menyebabkan rakyat bertambah resah dan terdesak.

Apabila rakyat resah dan terdesak untuk tempoh yang terlalu lama, kemarahan akan sampai tahap luarbiasa.

Rakyat yang luarbiasa marah jarang bersikap rasional, lebih-lebih lagi jika melibatkan soal kelangsungan hidup dan Agama.

Pada tahap ini, sebarang kesilapan, walau sekecil mana sekalipun, akan diterjemahkan sebagai kesilapan luarbiasa, dan rakyat tidak lagi berminat untuk mendengar sebarang alasan.

Inilah yang dikatakan “flash point.”

Tahap ini cukup merbahaya, kerana jika ada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan provokasi, kita mungkin berdepan  suasana huru hara.

Kita perlu elak senario ini. Pada pengamatan saya, kita tidak jauh dari tahap ini.

Saya berpendapat, satu-satunya penyelesaian bagi krisis ini adalah pembubaran parlimen ke-15.

Jika tak mampu lakukan, sekurang-kurangnya isytihar darurat dan lumpuhkan kerajaan. Mengaku sahajalah kerajaan ini gagal.

Kemudian, tubuhkan Majlis Tadbir Urus Negara, dan pastikan majlis ini diterajui oleh pengerusi tiga gabungan utama, yakni PH, BN dan PN.

Ini akan menjamin negara ditadbir menerusi ‘acuan perpaduan’ dalam ertikata sebenar.

Tanpa prejudis



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...