Tepat sekali – hanya takdir ALLAH tentukan Anwar PM 8 atau tidak

 

Kita hanya mampu lakukan yang terbaik bagi meningkatkan kesedaran ummah agar membuka mata dan melihat betapa buruk natijahnya jika Anwar menjadi PM 8 dan seorang pemimpin kanan DAP menjadi Timbalan Perdana Menteri. Selebihnya, kita serah kepada Allah, kerana Dia lah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Sumber (gambar): TTF

Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin hari ini apabila diminta mengulas kenyataan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung proses peralihan kuasa melibatkan jawatan Perdana Menteri memberi jawapan yang amat tepat sekali.

“PM kelapan? hanya ALLAH boleh takdirkan mengenai perkara itu.

“Hanya ALLAH boleh tentukan kerana saya boleh merancang sekarang, sesiapa sahaja boleh merancang tapi jika ALLAH kata ya, ya. ALLAH kata tidak, tidak.

Ya, kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Sehebat mana pun perancangan kita, lebih hebat lagi perancangan Allah untuk kita.

Kita hanya mampu lakukan yang terbaik bagi meningkatkan kesedaran ummah agar membuka mata dan melihat betapa buruk natijahnya jika Anwar menjadi PM 8 dan seorang pemimpin kanan DAP menjadi Timbalan Perdana Menteri.


SUBANG JAYA: Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin hari ini apabila diminta mengulas kenyataan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung proses peralihan kuasa melibatkan jawatan Perdana Menteri memberi jawapan yang amat tepat sekali.




Dalam satu wawancara Rabu lepas bersama Bloomberg Television, Anwar memberitahu bahawa beliau menjangkakan proses pengambilalihan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad akan direalisasikan sekitar Mei tahun depan.

Menurut Anwar, terdapat perjanjian mengatakan (proses penyerahan jawatan) akan dibuat dalam bulan dinyatakan (Mei 2020), namun saya tidak rasa saya perlu terlalu memikirkan tarikh tepat.

“Sama ada proses pengambilalihan jawatan Perdana Menteri akan berlaku dua tahun selepas Dr Mahathir memegangnya, sudah terdapat perjanjian menyatakan beliau (Dr Mahathir) akan meletak jawatan pada waktu bersesuaian,” katanya dalam temuramah tersebut.

Ini sebenarnya satu pembohongan.

Jumaat lepas, saya menegaskan bahawa tidak pernah ada perjanjian bertandatangan ataupun lisan melibatkan Anwar dan Mahathir berhubung peralihan kuasa Perdana Menteri dalam tempoh tertentu.

Ini kerana persetujuan antara pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan berhubung perkara tersebut berupa cadangan, tidak pernah ditafsir sebagai perjanjian rasmi dan berlaku ketika Anwar masih lagi menjalani hukuman di penjara Sungai Buloh.

Apabila Mahathir ditanya berkenaan kenyataan Anwar yang terbaru ini, beliau menjawab ringkas kepada wartawan bahawa beliau akan mengotakan janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Loading...

Ditanya seorang wartawan berkenaan tarikh penyerahan kuasa, Mahathir, yang kelihatan agak menyampah, berkata tarikh tersebut akan diumumkan kemudian sebelum mengalihkan pandangannya ke wartawan lain.

Apapun, kenyataan Zuraida yang terbaru apabila amatlah menepati jawapan yang seharusnya diberikan oleh seorang yang bergelar Muslim.

“PM kelapan? hanya ALLAH boleh takdirkan mengenai perkara itu.

“Hanya ALLAH boleh tentukan kerana saya boleh merancang sekarang, sesiapa sahaja boleh merancang tapi jika ALLAH kata ya, ya. ALLAH kata tidak, tidak.

“Jadi kita serahkan kepada ALLAH untuk tentukan,” katanya kepada media selepas merasmikan program Plogging Trash To Cash Zon 18 di Pandan Indah pagi tadi.

Ya, kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Sehebat mana pun perancangan kita, lebih hebat lagi perancangan Allah untuk kita.

Ingatlah, bahawasanya Allah tidak melakukan sesuatu itu dengan sia-sia. Setiap yang Allah jadikan di muka Bumi ini bukan lah sia-sia.

Ya, segala apa kejadian yang Allah jadikan di muka bumi ini ada hikmahnya, termasuklah kemunculan Anwar dan segala perancangan jahatnya bersama DAP.

Kita hanya mampu lakukan yang terbaik bagi meningkatkan kesedaran ummah agar membuka mata dan melihat betapa buruk natijahnya jika Anwar menjadi PM 8 dan seorang pemimpin kanan DAP menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Selebihnya, kita serah kepada Allah, kerana Dia lah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.

RJ RITHAUDEEN


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...