Teori Zahid PM11 – Jangan terkejut

Raggie Jessy Rithaudeen

Selasa lalu (jam 10.59 malam), saya membuat live bertajuk “Teori Zahid PM11” (LINK DI BAWAH, ATAU KLIK DI SINI)

TONTON: TEORI ZAHID PM11

Sebenarnya, live ini bukan bertujuan untuk mengemukakan sebarang teori, tetapi untuk menegur netizen yang terlalu negatif terhadap pihak yang tidak disukainya sehingga percaya bukan-bukan.




Kebetulannya, ada satu tuduhan yang dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya beliau menghidap satu penyakit (yang tidak ingin saya namakan) dan tengah nazak.

Dari mana teori ini datang, saya tidak tahu, tetapi ada pihak yang meminta saya ulas dan ada pula netizen yang membuat dakwaan sedemikian di ruang komen.

Setakat ini, belum ada sesiapa mengemukakan sebarang bukti kononnya Anwar tengah nazak, namun sudah ada perbincangan di media sosial bahawa kerajaan PH-BN akan runtuh disebabkan Anwar tidak dapat bertahan.

Pendirian saya mudah – kerajaan pimpinan Anwar gagal segagal gagalnya, namun, saya tidak suka mana-mana pemimpin dihina, difitnah atau diburuk-burukkan semata-mata kerana anda tidak menyokong pemimpin berkenaan.

Dan ya, Islam melarang perbuatan sedemikian, malah mereka yang melakukannya tersasar jauh daripada landasan kebenaran.

Atas sebab itulah saya melontarkan satu logik, iaitu;

“Jika anda beritahu saya bahawa Anwar menghidap penyakit yang bakal mengundang maut, dan anda mencapai kesimpulan ini tanga sebarang bukti, maka tidak ada sebab anda tidak percaya ‘Teori Zahid PM11’ yang saya lontarkan kerana teori ini jauh lebih logik dan rasional.”

Loading...

Saya juga memberitahu, “anda begitu menumpu terhadap ‘perubahan kerajaan’ sekiranya Anwar rebah, hinggakan anda tidak perasan kemungkinan Zahid akan menjadi PM ke-11.”

Sebaik sahaja saya melontarkan teori ini (yang anda boleh rujuk menerusi live di atas), tiba-tiba “Teori Zahid PM11” mula dibisik-bisik di media sosial dan disebut-sebut di sana sini.

Malah, saya telah diajukan pelbagai soalan oleh orang awam yang tidak saya kenali, yang mengaku teori ini lebih logik daripada anggapan kononnya “Perikatan Nasional akan memerintah sekiranya Anwar rebah.”

Ada permintaan untuk saya menceritakan semula teori ini dengan lebih lanjut, dan disebabkan itu, saya akan melakukan satu live khas petang ini (20 April) bagi menceritakan beberapa kemungkinan (tanpa memihak kepada kerajaan atau pembangkang).

Apa pun, saya kekal dengan pendirian bahawa semua teori ini membuang masa.

Cuma, dengan mengetengahkannya, saya berharap anda berpijak di bumi nyata dan tidak terlalu taksub sehingga percayakan segala apa yang hanya menurut selera anda.

TONTON JUGA PENJELASAN INI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...