‘Tengku Zafrul bangga jadi tukang bawa ‘minyak’ dan ‘gula’ UMNO?’ – Wan Saiful

Menurut Wan Saiful, Bersatu telah mempertahankan Zafrul apabila dasarnya sebagai menteri kewangan dikritik Umno. Sumber (gambar): Fail TTF

ءتڠكو زفرول بڠڬ جادي توكڠ باوا ءميڽقء دان ءڬولاء امنو؟ء – وان صيفول

Kenyataan terbaru Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berhubung Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menimbulkan rasa curiga pemimpin Bersatu.

Semasa konvensyen BN Selangor pada hujung minggu lalu, Zahid memetik Pengerusi BN Selangor Noh Omar yang berkata Zafrul akan “bawa gula”.

Wan Saiful berkata adalah mengejutkan bahawa Zafrul kini sehaluan dengan “kleptokrat” selepas dua tahun diberikan platform politik oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

“Adakah Zafrul bangga kerana dia dipergunakan untuk membawa ‘minyak’ dan ‘gula’ untuk Umno?” soal Wan Saiful.

“Saya ingin ingatkan Zafrul. Jangan ambil kesempatan. Ambil apa yang boleh,” kata Zahid.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Zafrul baru-baru ini dilantik sebagai bendahari BN Selangor dan dispekulasi akan bertanding di Kuala Selangor.

Bagi Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan, kenyataan Zahid itu, selain kenyataan serupa yang dibuat oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada majlis sama, menunjukkan bahawa “budaya rasuah” Umno sudah kembali.

“Ini adalah budaya Umno dan mereka dipimpin oleh seorang presiden yang menghadapi pelbagai perbicaraan jenayah,” katanya.

Dalam ucapan Ismail Sabri pada Konvensyen BN Selangor, dia berkata Noh Omar dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi membantu Umno memenangi semula Selangor.

““Untuk Selangor, Insya Allah ‘minyak’ jangan bimbang.. tak pernah waktu PRU sebelum ini seperti di Kota Raja, Sungai Kandis, Seri Setia, walau kita pembangkang… walau tak banyak minyak…kita ada juga minyak. Ini dah jadi kerajaan, tentulah banyak minyak,” kata Ismail Sabri.

“Apabila kita berada dalam kerajaan, kita boleh melakukan banyak perkara untuk rakan-rakan kita. Umno tahu apa yang saya lakukan. Saya tidak perlu menyatakannya secara terperinci kerana media ada di belakang,” katanya.

Loading...

Wan Saiful berkata adalah mengejutkan bahawa Zafrul kini sehaluan dengan “kleptokrat” selepas dua tahun diberikan platform politik oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Jelas Wan Saiful, Bersatu telah mempertahankan Zafrul apabila dasarnya sebagai menteri kewangan dikritik Umno.

“Adakah Zafrul bangga kerana dia dipergunakan untuk membawa ‘minyak’ dan ‘gula’ untuk Umno?” soal Wan Saiful.

Sumber:

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...