Tengku Razaleigh: Agong ada kuasa panggil sidang parlimen tanpa nasihat Muhyiddin

Tengku Razaleigh Hamzah menyambut baik ketegasan dibuat melalui kenyataan dikeluarkan Istana Negara bahawa Parlimen boleh bersidang ketika tempoh darurat berkuat kuasa. Sumber (gambar): Fail TTF

تڠكو غزالياغ: اڬوڠ اد كواس ڤڠڬيل سيدڠ ڤرليمين تنڤا نصيحت محي الدين

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai kuasa untuk memanggil sidang Parlimen tanpa nasihat daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertitah dengan menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat Perdana Menteri.

Perkara tersebut termaktub di dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.


SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai kuasa untuk memanggil sidang Parlimen tanpa nasihat daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu kenyataan pada Rabu.




Beliau menyambut baik ketegasan dibuat melalui kenyataan dikeluarkan Istana Negara bahawa Parlimen boleh bersidang ketika tempoh darurat berkuat kuasa.

“Sudah tentu rakyat gembira dengan kenyataan ini.

“Sebenarnya, memang kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bersidang tanpa mendapat nasihat daripada Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

“Apatah lagi dalam keadaan darurat yang telah diisytiharkan. Penentuan tarikh persidangan yang sesuai boleh ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertitah dengan menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat Perdana Menteri.

Perkara tersebut termaktub di dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Sumber:

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...