TANPA TUN MAHATHIR, RAKYAT TOLAK PH DAN PN, ANWAR DAH TIDAK RELEVAN  

Khairuddin Abu Hassan

تنڤا تون محضير، رعيت تولق ڤه دان ڤن، انور ده تيدق ريليۏن

Keputusan PRN Melaka membuktikan secara jelas bahawa rakyat sudah tolak Anwar Ibrahim dari pesada politik tanahair.

Anwar Ibrahim dan mahiaddin mad yasin selama ini hanya ‘syok’ sendiri serta berlagak seolah-olah mereka amat kuat.




Kini, baru PH dan PN tahu ‘langit tinggi rendah’ tanpa kehadiran tokoh negarawan terulung iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gagasan PH.

BACA JUGA: ADA KEJUTAN BUAT BN MENJELANG PRU15

Majoriti rakyat Malaysia kini sudah tolak kepimpinan Anwar Ibrahim yang penuh dengan ‘tipu muslihat’ serta masih dibelenggu oleh masalah peribadi yang ‘aneh’ ataupun ‘ganjil.’

Sekarang kalau dibuat lelongan awam terhadap Anwar Ibrahim dan jika diberi percuma pun rakyat tidak mahu menerima beliau.

Kemungkinan besar yang hanya mahu menerima Anwar Ibrahim mungkin di kalangan puak ‘songsang’ saja!!

Cuma yang amat saya tidak faham adalah sifat kebodohan pemimpin-pemimpin PH yang masih taksub dengan Anwar Ibrahim.

Dari keputusan PRN Melaka saya berharap kesemua pemimpin-pemimpin ‘dungu’ PH akan muhasabah diri seterusnya insaf untuk terima hakikat bahawa Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi kini.

Hakikatnya, Anwar Ibrahim sudah ‘mati terkubur tanpa nesan’ pada malam keputusan PRN Melaka.

Loading...

Mulai detik dan saat ini juga saya berharap penyokong-penyokong taksub Anwar Ibrahim akan terus kunci mulut mereka serta duduk diam-diam cukuplah!!

Tiada apa lagi yang boleh kita komen mahupun huraikan mengenai reputasi Anwar Ibrahim.

Pada malam keputusan PRN Melaka juga membuktikan bahawa rakyat sudah menolak Anwar Ibrahim, haji hadi awang, mahiaddin mad yasin, lim kit siang serta mat sabu. Inilah realitinya!!

Semua tokoh-tokoh pemimpin ini ‘kaki putar belit’ yang senantiasa meletakkan agenda kepentingan peribadi di atas kepentingan politik menjaga kesejahteraan rakyat.

Insya-Allah, parti PEJUANG bakal membuat kejutan besar pada PRU15 kelak dan bakal cemerlang kerana keseluruhan rakyat Malaysia mengakui inilah satu-satunya parti yang kekal berprinsip, bermaruah, berintegriti serta amat bersih.

Para pengundi dan rakyat Malaysia masih menyanjungi kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan datuk seri utama mukhriz mahathir serta pemimpin-pemimpin keramat PEJUANG seperti datuk wira marzuki yahya, datuk wira amiruddin hamzah, dato seri dr shahruddin termasuk kalangan pemimpin-pemimpin lain yang amat berprinsip.

Secara rumusannya, keputusan PRN Melaka juga membuktikan kifarah ALLAH swt terhadap semua kalangan pengkhianat dan yang tidak ikhlas menikam Tun Dr Mahathir Mohamad dari belakang yang hakikatnya telah berjaya menumbangkan BN pada PRU14.

Sekarang apa jadi pada PH dan PN tanpa Tun Dr Mahathir Mohamad berada dalam ‘coalition’ mereka?!

Pada PRU14 PH berjaya tawan 15 kerusi DUN di Melaka tetapi kini hanya tinggal 5 kerusi DUN saja!!

Parti DAP pun dapat diibaratkan tewas teruk di Melaka pada PRN Melaka kali ini.

‘ABAH COW’ sayang Melaka tetapi Melaka tak sayang langsung pada ‘ABAH COW’ pengkhianat nombor wahid!!

Manakala Anwar Ibrahim pula boleh terus bermimpi di siang hari dengan ‘convincing and formidable numbers’ beliau dan boleh terus memperbodohkan kesemua pemimpin-pemimpin PH yang lain!!

WAJIB BACA:

Tamparan kencang buat Hadi Awang, Muhyiddin & Anwar Ibrahim di Melaka, ada kejutan buat BN menjelang PRU15

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...