
Raggie Jessy Rithaudeen
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Tamrin Tun Ghafar semalam menafikan dakwaan kononnya beliau merupakan dalang di sebalik satu pergerakan untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Perdana Menteri.
Dalam satu kenyataan, Tamrin berkata, beliau tidak akan menjual maruah dengan menyebarkan berita palsu dan mencadangkan agar Muhyiddin berdebat secara terbuka dengan Tun Dr Mahathir Mohamad jika benar dakwaan terhadap Muhyiddin itu palsu.
“Pada saya ini adalah amalan demokrasi di mana mengikut perlembagaan, sesiapa pun berhak berbicara dan menulis apa sahaja asalkan ia tidak menyalahi undang-undang.
“Tanpa usul pereksa saya telah dikatakan sebagai dalang yang mereka ‘memo palsu’ bagi tujuan menjatuhkan Muhyiddin Yassin.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya membuat dan mengedar sebarang berita palsu.”
Baru-baru ini, penyokong Tengku Razaleigh didakwa terlibat dalam satu kempen sulit untuk cuba memajukan nama veteran UMNO itu sebagai pengganti Muhyiddin bagi jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Namun, dakwaan kononnya Tamrin terlibat sama atau mendalangi kempen ini fitnah belaka, berdasarkan apa yang saya dimaklumkan dan apa yang saya faham berkenaan Tamrin secara peribadi serta perjuangan beliau selama ini.
Saya mengesyaki ada ‘pihak ketiga’ yang menularkan ‘memo palsu’ ini sebelum memfitnah Tamrin dengan niat melagakan beliau bersama orang-orang Mahathir di samping menimbulkan syak wasangka di antara Mahathir sendiri dan Tengku Razaleigh.
Rancangan ini tidak akan berjaya, kerana sesungguhnya, perjuangan Tengku Razaleigh bersama Mahathir adalah ikhlas dan tercetus menerusi desakan pelbagai pihak yang ingin memperjuangkan kebenaran setelah keabsahan kerajaan pimpinan Muhyiddin menjadi tanda tanya.
Mahathir dan Tengku Razaleigh turut ikhlas menentang politik sogokan, politik darjat, politik kuasa dan politik kedudukan yang dilihat menjadi tunjang kepada kerajaan pimpinan Muhyiddin dalam usaha beliau untuk kekal berkuasa.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
