Tamparan kencang buat Hadi Awang, Muhyiddin & Anwar Ibrahim di Melaka, ada kejutan buat BN menjelang PRU15

Keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka petanda jelas bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 akan menumpu kepada pertembungan antara Blok Kuasa Ketiga dan Barisan Nasional. Sumber (gambar): Fail TTF

“Rakyat Melaka terpaksa menyokong Barisan Nasional bagi menghukum Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional kerana mereka tidak diberi pilihan selain Barisan Nasional. Tetapi di Pilihan Raya Umum ke-15, akan muncul sebuah blok baharu di bawah pimpinan Mahathir, terdiri daripada parti-parti politik dan gagasan calon selain daripada Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional”

Raggie Jessy Rithaudeen

تمڤرن كنچڠ بوات هادي اوڠ، محي الدين & انور إبراهيم د ملاك، اد كجوتن بوات بن منجلڠ ڤرو15

Hampir semua ramalan keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka bagi Barisan Nasional sah tersasar apabila gabungan itu berjaya meraih 21 daripada 28 kerusi yang ditandingi, sekaligus memberikannya kemenangan majoriti selesa dua per tiga.

Rata-ratanya, semua blogger, aktivis dan penganalisa politik (termasuk saya) dari blok pembangkang dan beberapa dari blok kerajaan meramalkan bahawa Barisan Nasional akan kalah teruk dengan perolehan antara lapan hingga sepuluh kerusi.




Namun, ramalan saya berhubung Perikatan Nasional dan PKR agak tepat, di mana Perikatan Nasional berjaya meraih hanya dua kerusi, satu lebih daripada jangkaan maksima TTF, manakala PKR hangus terus tanpa memenangi sebarang kerusi.

Saya sebenarnya amat gembira dengan keputusan ini, bukan kerana Barisan Nasional menang, tetapi kerana rakyat Melaka, khususnya, pengundi Melayu-Islam, telah memberikan mesej yang amat jelas kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mesejnya adalah seperti berikut:

1. DAP dan PKR makin ditolak oleh pengundi Melayu-Islam,

2. Bangsa Cina makin naik marah dengan kepimpinan DAP,

3. Pengundi Melayu-Islam menolak PAS, PPBM dan gandingan PAS bersama PPBM.

Saya percaya, salah satu sebab rakyat Melaka makin menolak Pakatan Harapan ialah kesanggupan Anwar mengkhianati kepercayaan pengundi terhadapnya dengan memasuki MoU bersama gerombolan yang mengkhianati mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Loading...

Saya juga percaya bahawa rakyat, walaupun menolak Kluster Mahkamah, melihat Pakatan Harapan sebagai gabungan lemah kerana gagal bertahan sebagai kerajaan walaupun memiliki majoriti selesa dan Perikatan Nasional sebagai gabungan pengkhianat yang kemaruk wang, kuasa dan kedudukan.

Penyokong Pakatan Harapan juga marah dengan PKR dan DAP kerana kesanggupan kedua-dua parti itu membincangkan “Jajaran Politik Baharu” bersama Kluster Mahkamah di Perak dan kerelaan DAP memasuki MoU bersama kerajaan yang dikuasai oleh Kluster Mahkamah dan dianggotai oleh menteri dan timbalan menteri dari PAS.

Keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka turut membuktikan bahawa tanpa penyertaan sebuah parti yang deterajui oleh seorang negarawan tersohor seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Pakatan Harapan tidak mampu menawan kerajaan di peringkat negeri mahupun persekutuan, melainkan di Pulau Pinang.

Ianya turut membuktikan bahawa Anwar gagal sebagai Ketua Pembangkang dan Pengerusi Pakatan Harapan, dan perkara ini mula-mula terbukti di Sabah apabila PKR hampir pupus dalam Pilihan Raya Negeri walaupun Anwar mengumumkan sokongan majoriti terhadapnya bagi jawatan Perdana Menteri hanya beberapa hari sebelum tarikh Pilihan Raya.

Manakala itu, pengundi Melayu-Islam disyaki marah dengan PAS atas dua sebab yang pernah saya nyatakan sebelum ini, iaitu:

1. Kesanggupan PAS memberi keutamaan kepada Perikatan Nasional berbanding Muafakat Nasional yang wujud hanya pada nama, bukannya pada fungsi.

2. Kesanggupan menteri-menteri PAS memasuki MoU bersama DAP dan tunduk pada kehendak DAP untuk kelangsungan kuasa dan kedudukan.

Atas dasar ini, rakyat Melaka terpaksa menyokong Barisan Nasional bagi menghukum Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional kerana mereka tidak diberi pilihan selain Barisan Nasional.

Tetapi di Pilihan Raya Umum ke-15, akan muncul sebuah blok baharu di bawah pimpinan Mahathir, terdiri daripada parti-parti politik dan gagasan calon selain daripada Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Pada masa itu, rakyat akan ada pilihan baharu, dan ramai dijangka akan memberi peluang kepada blok baharu ini yang bakal meletakkan ramai calon di peringkat persekutuan.

Ini akan menjadikan blok ini “kingmaker” selepas Pilihan Raya Umum ke-15, dan kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Harapan tidak akan mampu bekerjasama untuk membentuk kerajaan kerana DAP dan PKR dijangka akan dibelasah teruk sepertimana di Melaka.

Ya, saya amat suka keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka, kerana ianya petanda jelas bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 akan menumpu kepada pertembungan antara Blok Kuasa Ketiga dan Barisan Nasional.

WAJIB BACA:

Isu hartanah RM100 juta: Maaf Najib, sudah terlambat, tak usah putar belit lagi

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...