
Khairuddin Abu Hassan
#تمتضرورت: كامي ك ايستان نڬارا سراه ڤتيشن رعيت مرايو ضرورت دتامتكن
Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Dato Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir, Tuan Mohamad Sabu serta barisan tokoh-tokoh pemimpin pembangkang yang lain berserta ahli-ahli parlimen dari PH di Istana Negara pada jam 3 petang ini adalah untuk mempersembahkan warkah kepada KDYMM Agong bagi mendapatkan tarikh pekenan KDYMM Agong bagi Jawatankuasa Menasihat Tolak Darurat sembah serah petisyen yang ditandatangani oleh rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia telah menandatangani petisyen merayu kepada KDYMM Agong agar menamatkan darurat politik ini secara sekadar segera kerana ianya amat memudaratkan kedudukan sosio-ekonomi mahupun kestabilan politik negara.
Rakyat Malaysia semakin resah-gelisah dengan dasar kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang hanya mahu memperalatkan proklamasi darurat ini demi mempertahankan kedudukan politik mereka yang tiada keabsahan dewasa ini.
Sebab itu apabila semua sektor telah dibuka-semula tetapi Parlimen Malaysia masih digantung.
Kenapa kerajaan ‘tebuk atap’ PN tidak berani memanggil persidangan parlimen pada masa ini sebagai satu badan selaras dengan perlembagaan negara kearah ‘semak-imbang’ keatas semua perbelanjaan dana kerajaan serta wang rakyat.
Dengan memperkenalkan pelbagai ordinan darurat segala urus-tadbir serta perbelanjaan negara tidak perlu mendapat kelulusan dari parlimen.
Prinsip amalan demokrasi yang kita junjung lebih dari setengah dekad kini bertukar kearah pentadbiran otokratik.
Ahli-ahli parlimen dari luar negara juga risau dengan perkembangan di Malaysia sehingga mereka turut merayu kepada KDYMM Agong agar parlimen Malaysia dibuka semula.
Senario ini amat memalukan imej dan kredibiliti negara.
Sekolah-sekolah, pasar malam, stadium dan tempat-tempat awam sudah dibuka tetapi Dewan Rakyat yang hanya ada 222 kerusi tidak berani dibuka.
Proklamasi darurat ini juga telah meninggalkan satu impak negatif secara berskala besar pada ekonomi negara.
Ramai daripada para pelabur asing sudah mula menarik diri keluar pelaburan mereka dan pindah ke negara-negara jiran.
Kalangan pelabur menganggapkan senario politik dan ekonomi Malaysia sebagai tidak menentu apabila proklamasi darurat diumumkan.
Ramai daripada rakyat Malaysia sedang hilang peluang pekerjaan buat masa ini.
KDYMM Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu harus mainkan satu peranan secara kolektif kearah meleraikan segala permasalahan mahupun keluh-resah rakyat jelata.
Keadaan pandemik covid19 juga tidak menunjukkan kesan effektif di bawah proklamasi darurat kerajaan ‘tebuk atap’ PN manakala penghidupan rakyat jelata semakin terhimpit dengan kepelbagaian masalah harian.
Kami ingin merafak sembah dan merayu kepada KDYMM Agong serta keseluruhan DYMM Raja-Raja Melayu untuk memainkan satu peranan proaktif kearah menyelesaikan segala kemelut negara masakini.
KDYMM Agong dan DYMM Raja-Raja adalah ‘Payung’ kepada keseluruhan rakyat Malaysia secara adil dan saksama.
Jutaan terima kasih kepada pejabat Setiausaha Sulit KDYMM Agong yang telah memberikan kerjasama serta bantuan secara amat effektif kepada kami pada petang ini.
“RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA”
DAULAT TUANKU!!
#TamatDarurat
