TALIAN HAYAT TERAKHIR 

Tamrin Tun Ghafar. Sumber (gambar): Fail TTF

Tamrin Tun Ghafar

1. Jika kita masih ingat menjelang PRU14 lepas yang berlangsung pada hari Rabu 9hb Mei 2018, rakyat, melalui DEKLARASI RAKYAT telah meluahkan perasaan benci mereka kepada UMNO/BN atas sebab-sebab yang telah diketahui umum.

2. Namun usaha itu TERBANTUT apabila Agong dan sebahagian besar Raja-Raja Melayu ketika itu ENGGAN mendengar rintihan mereka, malah ada Raja dan keluarga berkempen bagi memenangkan UMNO/BN; satu tindakan yang telah MELANGGAR Perlembagaan.

3. Sebagai seorang PEJUANG, Tun yang ketika itu berusia 92 tahun, seperti seekor kuda yang jatuh namun tetap bangkit semula, tidak putus asa.




4. Akhirnya rakyat, TANPA MEMPEDULIKAN keengganan Agong dan Raja-Raja Melayu MENDENGAR bantahan mereka, buat pertama kali sejak Merdeka MENOLAK UMNO/BN.

5. KINI SEKALI LAGI rakyat benar-benar MERAYU agar Agong dan Raja-Raja Melayu MENGENEPIKAN segala kepentingan peribadi, jika ada, MENDENGAR DAN BERTINDAK MEMBATALKAN DARURAT yang telah mereka persetujui DAN MENGGANTIKAN SERTA MERTA Muhyiddin yang TELAH HILANG MAJORITI sebagai Perdana Menteri

6. Rakyat masih terbayang bagaimana di sebuah negeri ‘bill board’ yang besar dengan gambar Raja dan Permaisuri  dengan ayat “RAJA ADALAH PAYUNG RAKYAT”; begitu juga ‘bill board’ seorang Raja bersama Permaisuri dipayungkan seolah-olah memberi mesej yang sama.

7. Apakah kali ini Agong dan Raja-Raja Melayu AKAN MEMBUKTIKAN seperti apa yang terpapar di ‘bill board’ tersebut?

8. Apabila Megat Seri Rama, Laksamana Bentan melafazkan kata-kata RAJA ADIL RAJA DI SEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DI SANGGAH ia sebenarnya adalah nasihat berbentuk kata-kata yang berguna dari seorang rakyat yang patuh, namum tidak dapat menahan kemarahannya.

9. Mulai peristiwa gelap itu yang diingati sebagai SULTAN MAHMUD MANGKAT DI JULANG sehingga ke hari ini Melaka yang melahirkan ramai Sultan tidak lagi mempunyai Raja atau Sultan.

10. Kita bersyukur rakyat akur dan hormat Raja-Raja yang telah diberi kepercayaan.

Loading...

11. Tidak seperti apa yang pernah dan sedang berlaku terhadap Raja-Raja di luar sana, seperti kebangkitan Mao Tse Dong di China, Lenin di Rusia, Revolusi Rakyat di Perancis, Kebangkitan Rakyat di Indonesia dan di Iran dan kini apa yang sedang berlaku di Thailand yang sememangnya tidak terlintas dalam fikiran.

12. “JANGAN BERI AMANAH KEPADA GOLONGAN TERPALIT RASUAH” – itulah tajuk yang tersiar di kebanyakan media cetak dan elektronik ekoran Titah Baginda Sultan Nazrin, Sultan Perak  tidak lama dulu.

13. Mengapa media begitu berminat melaporkan ucapan itu?; apakah mereka ketandusan berita atau ada mesej tertentu yang hendak mereka sampaikan?

14. Seperti pesanan Khairuddin Abu Hassan, Mesyuarat Majlis Raja-Raja PERLU MENELITI dan MENGHALUSI pandangan Azalina Othman Said, Peguam dan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat.

15. Khairuddin sendiri dengan sokongan Majlis Peguam Islam Malaysia, Majlis Peguam Negara dan Tun Dr. Mahathir dan beberapa pemimpin PEJUANG telah memulakan TINDAKAN MAHKAMAH terhadap  ‘nasihat’ Muhyiddin yang TIDAK ADA SOKONGAN majoriti Ahli-Ahli Parlimen kepada Yang Di Pertuan Agong.

16.  Yang Di Pertuan Agong adalah TUNGGAK rakyat, justeru kita MESTI mempertahankan Institusi ini ASALKAN kita semua faham dan akur bahawa PERLEMBAGAAN NEGARA ADALAH SUPREME atau YANG TERATAS SEKALI.

17. Baru-baru ini Sarawak Report mendedahkan kononnya Tengku Mahkota Pahang telah membeli sebuah rumah di England dengan harga RM350 juta dengan belanja kos mengurus rumah tersebut ialah £5 juta atau RM25 juta setahun bersamaan RM2 juta sebulan.

18.  Tidak mustahil laporan itu palsu atau sengaja diada-adakan bagi tujuan memburukan imej Tuanku dan Negara namun rakyat BERHARAP Agong sebagai KETUA NEGARA  MENGGAMBIL  tindakan undang-undang dengan kadar SEGERA terhadap Sarawak Report bagi MEMBERSIHKAN DIRI dan MENJAGA MARUAH rakyat.

19. JIKA tidak berbuat demikian berkemungkinan besar berbagai persoalan akan bermain di fikiran rakyat:

i. Apakah tuduhan Sarawak Report itu benar dan berasas

ii. Dari sumber kewangan mana Tengku Mahkota Pahang itu boleh membeli sebuah rumah di England yang begitu besar dengan harga belian RM350 juta dan kos penyelengaran sahaja berjumlah £5 juta atau RM25 juta bersamaan RM2 juta sebulan

iii. Apakah Tengku Mahkota Pahang TELAH membayar cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri atau LHDN hasil keuntungan perniagaan beliau?

iv. Di harapkan juga Agong MENAFIKAN cakap-cakap dikalangan rakyat bahawa disebabkan kepentingan/keuntungan peribadi maka Muhyiddin kini AMAT SELESA dengan kedudukan beliau WALAUPUN TIDAK PUNYAI sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat; ini jelas bertentangan dengan PERLEMBAGAAN

20.  Perkara 34 (2), (3) dan (6) Perlembagaan – ia berhubung dengan:

KETIDAKBOLEHAN YANG DI PERTUAN AGONG DAN PERMAISURI

justeru rakyat ingin kepastian samada seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Agong boleh menggunakan kedudukannya MEMPENGARUHI Kerajaan dalam apa-apa keputusan dan tindakan untuk mendapatkan apa-apa projek diberikan kepada mana-mana syarikat atau badan atau individu yang akhirnya mendapat  keuntungan perbadi atau keluarga; terserahlah kepada pakar-pakar Perlembagaan dan Mahkamah MENTAFSIRKAN perkara ini.

21. Yang penting kita rakyat Malaysia sama-sama membangunkan semula Negara ini dengan MENGHAPUSKAN SEGALA amalan rasuah, salah guna kuasa dan mereka yang mengambil peluang dan kesempatan bagi kepentingan diri dan keluarga.

22. ‘JANGAN BERI AMANAH KEPADA MEREKA YANG TERPALIT RASUAH DAN YANG TIDAK BERMARUAH”

23. Surah Al-Waqi’ah 27:83 di muka surat 537 berbunyi:

“Maka Mengapa Tidak Menghalang Ketika Nyawa Telah Sampai Di Korongkong”

24. Kepada Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu ANGGAPLAH RAYUAN INI SEBAGAI TALIAN HAYAT TERAKHIR RAKYAT.

25. “JANGAN SEBAB NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA”

Semoga Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu turut meneliti tulisan ini

Wassalam

Terima Kasih

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...