تاكوت كاله ڤرن ڤونچا انور تڠڬوه كڤوتوسن كيس زاهيد – حمزه زاينودين
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menjadi dalang sehingga keputusan perbicaraan kes rasuah anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ditangguhkan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata sepatutnya kes rasuah melibatkan Zahid dimuktamadkan mahkamah minggu lepas tetapi apa yang berlaku sekarang pendakwa raya kanan digugurkan dan perbicaraan masih bersambung.
“Bila (Anwar) kata ‘kita akan tentang rasuah habis-habisan’, akan pastikan yang rasuah kita akan masukkan ke dalam, saya duk tengok TPM (Timbalan Perdana Menteri) monyok.
“Bila sampai masa nak buat keputusan (kes Zahid), mahkamah tangguh. Kami nak bagitau kepada kamu keputusan yang sepatutnya dibuat minggu lepas tu ditangguhkan.
“Dia (Anwar) takut kalau keputusan TPM salah masuk ke dalam (penjara), orang UMNO marah dia, (kerajaan) jatuh.

“Macam-macam hoi hoi hoi ya hoi.
“Hari ni dia lupa orang yang dia kata (rasuah) duduk sebelah dia tu.
TONTON: MB SELANGOR WAJIB BERI PENJELASAN DAKWAAN TULAR SKANDAL TANAH SELANGOR YANG DIDAKWA LIBATKAN MB SENDIRI
“Bila (Anwar) kata ‘kita akan tentang rasuah habis-habisan’, akan pastikan yang rasuah kita akan masukkan ke dalam, saya duk tengok TPM (Timbalan Perdana Menteri) monyok.
“Bila sampai masa nak buat keputusan (kes Zahid), mahkamah tangguh. Kami nak bagitau kepada kamu keputusan yang sepatutnya dibuat minggu lepas tu ditangguhkan.
“Dia (Anwar) takut kalau keputusan TPM salah masuk ke dalam (penjara), orang UMNO marah dia, (kerajaan) jatuh.
“Kalau tak bersalah, rakyat marah, pun dia jatuh,” kata Hamzah dalam satu ceramah di Taman Medan, Petaling Jaya malam tadi.
Hamzah dipercayai merujuk kepada penangguhan perbicaraan kes Zahid membabitkan Yayasan Akalbudi berikutan perlu menghadiri mesyuarat kabinet minggu lalu.
Zahid menghadapi 47 pertuduhan membabitkan 12 kes pecah amanah, lapan kes rasuah, dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan itu.
Terdahulu, media melaporkan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Raja Rozela Raja Toran digugurkan daripada pasukan pendakwaan dalam kes rasuah melibatkan Zahid.
Raja Rozela lantang mengasak Zahid dalam perbicaraan kes rasuah Yayasan Akal Budi (YAB).
Sumber:
TONTON: MB SELANGOR WAJIB BERI PENJELASAN DAKWAAN TULAR SKANDAL TANAH SELANGOR YANG DIDAKWA LIBATKAN MB SENDIRI
#PMX #Zahid #Anwar #HamzahZainudin #PerikatanNasional