Tak boleh terburu-buru adakan PRU15, belum tentu BN boleh menang – Ismail Sabri

Ismail yang juga naib presiden Umno, berkata tiada guna beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen sedangkan BN belum tentu boleh menang. Sumber (gambar): TTF

ڤرو15 تيدق سمستيڽ دأولكن – اسماعيل صبري

Ismail Sabri Yaakob berkata pembubaran Parlimen secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira aspek persediaan rapi dan dapatan kajian sama ada Barisan Nasional (BN) boleh menang ibarat perbuatan “membunuh diri”.

Perdana menteri berkata, BN juga perlu mengambil kira impak pelbagai isu yang timbul ketika ini, termasuk soal kelewatan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang hangat diperkatakan.

“Kalau kajian menunjukkan kesan isu kelewatan pembinaan kapal LCS adalah sama seperti kes 1MDB dulu, maka kemungkinan kita terpaksa tangguh niat nak adakah PRU15 dalam masa terdekat,” katanya menurut Sinar Harian ketika berucap di perasmian berkelompok Persidangan Tahunan Umno Cawangan Bahagian Bera 2022.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bera itu, berkata PRU15 bukan boleh diadakan begitu sahaja kerana tanpa persiapan rapi, BN akan kalah teruk dan menjadi pembangkang semula.


PETALING JAYA: Ismail Sabri Yaakob berkata pembubaran Parlimen secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira aspek persediaan rapi dan dapatan kajian sama ada Barisan Nasional (BN) boleh menang ibarat perbuatan “membunuh diri”.

Perdana menteri berkata, BN juga perlu mengambil kira impak pelbagai isu yang timbul ketika ini, termasuk soal kelewatan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang hangat diperkatakan.




“Adakah isu ini boleh menyebabkan kemerosotan undi dan BN kalah dalam PRU15 ini? Jadi kita kena tengok kajian sikap adakah orang kampung peduli atau tidak kapal LCS berkenaan belum siap.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Kalau kajian menunjukkan kesan isu kelewatan pembinaan kapal LCS adalah sama seperti kes 1MDB dulu, maka kemungkinan kita terpaksa tangguh niat nak adakah PRU15 dalam masa terdekat,” katanya menurut Sinar Harian ketika berucap di perasmian berkelompok Persidangan Tahunan Umno Cawangan Bahagian Bera 2022.

Hari ini, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran BN akan tewas jika PRU15 tidak diadakan segera.

Katanya, tindakan melengah-lengahkan PRU hanya akan memberi “senjata” kepada pembangkang yang ketika ini menyerang menggunakan pelbagai persepsi untuk menggugat keyakinan akar umbinya.

BACA JUGA: ZAHID, MAT HASAN MENGHASUT

Ismail yang juga naib presiden Umno, berkata tiada guna beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen sedangkan BN belum tentu boleh menang.

Katanya, Parlimen hanya akan dibubarkan jika terdapat bukti kukuh BN mampu memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Tarikh PRU15 bukan boleh diumumkan begitu sahaja, banyak perkara perlu diambil kira termasuk, pertama hasil kajian sikap dilakukan oleh Wanita Umno.

Loading...

“Jika, kita adakan PRU15 tanpa mengambil kira sama ada BN boleh menang tiada gunanya. Bagi saya, jika nak adakan PRU15 kita wajib menang jangan jadi macam PRU14 kita kata menang tapi akhirnya kalah teruk.

“Kalau nak sedap kita kena jadi perdana menteri, kalau saya jadi ketua pembangkang semula tidak sedap,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bera itu, berkata PRU15 bukan boleh diadakan begitu sahaja kerana tanpa persiapan rapi, BN akan kalah teruk dan menjadi pembangkang semula.

“Kalau kita silap masuk dan tiada bukti boleh menang PRU15 dan akhirnya kita menjadi pembangkang adalah satu kerugian kepada BN. Sebab itulah saya katakan saya hanya akan bubarkan Parlimen jika ada bukti kukuh BN boleh menang PRU15.

“Saya pernah cakap semasa Konvensyen BN baru-baru ini bahawa saya sedia membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU15 jika kajian sikap dilakukan Wanita Umno, MIC dan MCA menunjukkan kita akan menang PRU15 nanti. Tiada guna kita masuk PRU15 jika kita tidak boleh menang,” katanya.

Susulan itu, Ismail mengarahkan Umno Bera supaya mula membuka bilik gerakan pilihan raya, mulai 1 Sept.

Sumber berita:

Tajuk:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...