TAJUDDIN SAHKAN WUJUD RANCANGAN TUBUH ‘KERAJAAN PERPADUAN’ PH-BN SEBELUM PRU15 LAGI, BERMAKNA ALASAN ‘AGONG YANG TITAHKAN’ SAH PENIPUAN

“Naratif yang dimainkan oleh PH-BN kononnya Yang Di-Pertuan Agong menitahkan agar BN dan PH membentuk ‘kerajaan perpaduan’ bersama sah palsu, dan pendedahan Tajuddin membantu mengukuhkan lagi pendirian saya ini. Pendedahan Tajuddin turut bermakna akar umbi UMNO diperdaya sebelum PRU15 oleh Zahid dan sekutunya, termasuk Tajuddin sendiri”

Raggie Jessy Rithaudeen

تاجو الدين سهكن وجود رانچڠن توبوه ‘كراجأن ڤرڤادوان’ ڤه-بن سبلوم ڤرو15 لاڬي، برمعنى السن ‘اڬوڠ يڠ تيتهكن’ ساتو ڤنيڤوان

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan terlibat dalam perancangan penubuhan kerajaan gandingan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 lagi.

Beliau juga mengesahkan diminta menandatangani dokumen yang menyokong pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai perdana menteri.




TONTON: POLITIK DARJAT MADANI – AKHIRNYA TERBONGKAR USAHA LINDUNGI ZAHID DARI PENDAKWAAN SKANDAL LCS RM9 BILION

“Saya pun terlibat, saya dibawa jumpa Anwar, Anthony Loke dan pemimpin Amanah, di rumah seorang kerabat diraja, siapa? Saya tidak boleh beritahu. Saya yang menandatangani untuk Anwar jadi perdana menteri, nak Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) bergabung sama.

“Saya terima untuk bekerjasama tetapi dengan syarat, ‘you have to change’ (DAP perlu berubah). Maksudnya, segala dasar DAP perlu dihentikan. Jangan bantah dan sanggah UMNO serta orang Melayu dan perjuangannya.

“Memanglah sekarang nampak okay, dulu? Guling gelentang di Istana Perak sewaktu nak lantik Datuk Seri Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak, maki Tuanku, maki raja. Ini sejarah yang kita tidak boleh lupa…pijak pula gambar pemimpin Melayu,” katanya sepertimanadilaporkan oleh Utusan.

Beliau turut menolak seruan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke hari ini yang mahu UMNO melupakan perkara lampau dan terus bergerak ke depan demi kerajaan campuran itu.

“Tak boleh semudah itu. DAP itu bukannya dia punya atau DAP itu memang Anthony Loke yang punya? Berapa ratus ribu ahli DAP? Kita nak tahu keseluruhan DAP supaya buat pendirian tegas seperti yang dinyatakan,” katanya.

Pendedahan Tajuddin tidaklah mengejutkan, kerana sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, saya dan beberapa pihak lain mendedahkan kewujudan perjanjian antara Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Anwar untuk menubuhkan kerajaan bersama.

Khamis lalu, saya menulis:

Loading...

Zahid memperdaya rakyat dan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional selepas PRU15 untuk memastikan bahawa Anwar berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri.

Pada awalnya, Tan Sri Muhyhiddin Yassin berjaya mengumpulkan 115 akuan bersumpah sokongan yang seterusnya diserahkan kepada Istana Negara.

Namun, Zahid mengutuskan warkah secara rahsia kepada Yang Di-Pertuan Agong, dan di dalam warkah itu, Zahid menipu kononnya kesemua ahli parlimen Barisan Nasional menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Penipuan ini didedahkan oleh Tan Sri Annuar Musa dan mengundang kemarahan ramai ahli parlimen Barisan Nasional yang seterusnya mendesak agar Zahid meletak jawatan.

Tidak ada sebarang unsur fitnah dalam pendedahan ini, malah disebabkan sikap ‘kemaruk kuasa’ dan zalim Zahid, UMNO kini berada di ambang kehancuran total.

Bukan hanya lebih 1,000 bekas ahli UMNO dijangka sertai Perikatan Nasional bulan ini, ranai ahli parlimen daripada parti itu dijangka akan berundur selepas Pilihan Raya Negeri yang akan datang sekiranya Zahid tyda meletak jawatan.

Naratif yang dimainkan oleh PH-BN kononnya Yang Di-Pertuan Agong menitahkan agar BN dan PH membentuk ‘kerajaan perpaduan’ bersama sah palsu, dan pendedahan Tajuddin membantu mengukuhkan lagi pendirian saya ini.

Pendedahan Tajuddin turut bermakna akar umbi UMNO diperdaya sebelum PRU15 oleh Zahid dan sekutunya, termasuk Tajuddin sendiri.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...