TAJUDDIN SAHKAN DAKWAAN SAYA – NAJIB TERLIBAT DALAM GERAKAN SINGKIR ZAHID, MANTRA ‘NO ANWAR, NO DAP’ SATU PENIPUAN

“Tajuddin mengesahkan bahawa mantra “No Anwar, No DAP” yang dilaung-laungkan Zahid adalah satu penipuan”

Reggie Jessy Rithaudeen

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan kewujudan gerakan untuk mendesak Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada jawatan Presiden UMNO dan penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam gerakan itu.

Pada sidang media di Eastin Hotel, hari ini, Tajuddin mendedahkan bahawa gerakan tersebut diketuai Datuk Seri Mohamad Hasan dan turut disertai Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Sejak tahun lepas, saya berulang kali mendedahkan penglibatan Najib dan Mohamad Hasan dalam satu gerakan untuk mendesak Zahid berundur, di mana Mohamad Hasan dipertanggungjawabkan untuk membincangkan perkara itu dengan Zahid.

Walaupun Tajuddin mendedahkan bahawa perkara ini dibincang di peringkat kepemimpinan parti pada Mei 2020, saya mendedahkan bahawa pergerakan ini sudah mula wujud pada penghujung 2018 lagi.

“Tok Mat dan Bossku (Najib) dan lain-lain yang saya sebutkan tadi kita nak buat satu memorandum. Ia pada Mei 2020 dan Perhimpunan itu dibuat di rumah saya.

“Kita nak minta dia turun secara baik. Kita tak naklah tendang-tendang. Minta kita buat tinjauan ketua-ketua bahagian.

“Berapa ketua bahagian yang setuju? Saya ingat 130 orang ketua bahagian. Perak 18 orang ketua bahagian. Selangor 17 ke apa,” jelas Tajuddin.

Beliau juga mengesahkan bahawa mantra “No Anwar, No DAP” yang dilaung-laungkan Zahid adalah satu penipuan.

Menurut Tajuddin, memang wujud akuan bersumpah (SD) daripada ahli Parlimen Umno untuk menyokong Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

Loading...

“Jajaran baru… saya saksi hidup, tak usah nafi memang ada SD ditandatangan hendak sokong Anwar jadi perdana menteri, dan ada surat dihantar pada istana,” katanya.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...