“Apabila Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, beliau secara tidak sengaja dan tidak langsung berjaya membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mampu dan tidak layak menjadi Perdana Menteri pada ketika itu. Sebabnya…” SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
Raggie Jessy Rithaudeen
Dalam sesi “Keluar Sekejap” yang diadakan baru-baru ini bersama tokoh negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad, pengacara utama, Khairy Jamaludin, bertanya samada Tun Mahathir berhasrat hendak “bagi Anwar menjadi Perdana Menteri.”
Sebenarnya, soalan ini agak cacat dan membayangkan dua perkara:
1. pengacara samada tidak faham perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung peralihan kuasa sebelum Pilihan Raya Umum atau terperangkap dalam “kepompong persepsi palsu” yang ditimbulkan menerusi propaganda Pakatan Harapan, dan
2. pengacara tidak faham perkara pokok yang terbukti menerusi peletakan jawatan Tun Mahathir
Soalan yang ditanya tidak jauh berbeza daripada soalan-soalan yang telah ditanya berulang kali oleh banyak pengacara di program-program lain dan tidak menampilkan tahap kebijaksanaan atau kematangan yang diharapkan daripada program “Keluar Sekejap.”
Pertama, tidak timbul pun soal samada Tun Mahathir berhasrat bagi atau “memberi” Anwar menjadi Perdana Menteri, kerana sememangnya, kuasa pelantikan Perdana Menteri terletak sepenuhnya di tangan Yang Di-Pertuan Agong, bukannya di tangan Tun Mahathir.
Kedua, apabila Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, beliau secara tidak sengaja dan tidak langsung berjaya membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mampu dan tidak layak menjadi Perdana Menteri pada ketika itu.
Sebabnya…
SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
