TONTON PENJELASAN PENUH DI SINI
Raggie Jessy Rithaudeen
Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh mengucapkan terima kasih atas penjelasan Vern’s Holding Sdn Bhd berhubung logo salah satu kasut tumit tinggi keluaran syarikat itu.
Menurut Akmal, penjelasan bahawa logo itu bukan kalimah Allah memberikan kelegaan kepada umat Islam.
“Salah faham telah terungkai bahawa ia bukanlah kalimah Allah tetapi ia adalah logo kasut bertumit tinggi dan syarikat juga telah menghentikan pengeluaran kasut ini.”
Anehnya, ini merupakan Dr Akmal sama yang terus-menerus menyerang KK Mart bertubi-tubi dan tidak berganjak meskipun KK Mart memohon maaf dan pihak berkuasa menghadapkan pengarahnya ke Mahkamah.
Kes Vern tidak jauh berbeza dengan kes KK Mart, malah jika dikaji, logo yang mengandungi ciri-ciri yang ditafsirkan oleh sesetengah pihak sebagai mirip Kalimah Allah berada di bahagian tapak kasut.
Saya sendiri melihatnya sebagai mirip Kalimah Allah, dan sememangnya, wujud persamaan ketara jika dikaji logo itu dengan teliti.
Namun, saya tidak menolak terus penjelasan Vern’s sepertimana saya tidak menolak penjelasan KK Mart begitu sahaja.
Cuma, saya menuntut siasatan terhadap kedua-dua entiti ini, and itulah yang telah dilakukan dengan cukup pantas oleh pihak berkuasa dalam kes KK Mart.
Vern’s masih belum disiasat, namun, tidak sampai beberapa jam isu meletup, Dr Akmal sudah pun menerima penjelasan Vern’s dengan hati terbuka.
Masuk akal?
BERSAMBUNG DI SINI
