Haniff Khatri
شباس & تهنيئه كڤد ڤڬوام نڬارا كران بوات كڽاتأن راسمي برهوبوڠ ڤڠكومڤاونن كيس سربا ديناميك
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :
1. Awal hari ini, FREEMALAYSIATODAY 13.05.2022 bertajuk “Jelaskan keputusan kes berprofil tinggi, buktikan tiada layanan 2 darjat, kata peguam” telah dalam melaporkan pandangan Saudara Salim Bashir, bekas Presiden Majlis Peguam serta diri saya (dimuat naik di Siri : 3308), telah memetik pandangan saya seperti berikut :
“Pakar perundangan menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) mempertimbangkan untuk menjelaskan keputusannya berkaitan kes berprofil tinggi bagi meyakinkan orang ramai bahawa tiada elemen berat sebelah diamalkan.
Peguam Haniff Khatri Abdulla bimbang orang ramai mungkin berpandukan maklumat tidak tepat di internet dalam membuat kesimpulan mengenai badan kehakiman dan penghakimannya.
“Tiba masanya AGC menjelaskan dan membetulkan sebarang maklumat tidak tepat yang diterima orang awam,” katanya kepada FMT.
Tiada keperluan dari segi undang-undang untuk AGC menjelaskan penggunaan budi bicaranya dalam kes jenayah.
Bagaimanapun Haniff mencadangkan agar AGC mengeluarkan “kenyataan yang betul dan konsisten” melalui biro komunikasinya bagi menghapuskan keraguan sama ada ia menjalankan tugasnya dengan adil.
Sementara itu Haniff berkata, sekiranya undang-undang membenarkan kompaun untuk kesalahan tertentu, AGC bertanggungjawab menggunakannya, bukan terus mendakwa seseorang di mahkamah.
“Jika tertuduh tidak menerima kompaun atau merayu terhadapnya, mereka boleh dihadapkan ke mahkamah,” katanya.
Peruntukan kompaun di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) membenarkan perbuatan jenayah diselesaikan di luar mahkamah menerusi bayaran denda yang dipersetujui oleh timbalan pendakwa raya.”
(Link Laporan FREEMALAYSIATODAY 13.05.2022 bertajuk “Jelaskan keputusan kes berprofil tinggi, buktikan tiada layanan 2 darjat, kata peguam” : https://www.freemalaysiatoday.com/…/jelaskan…/… )
2. Sebentar tadi, pada jam 5:57 petang MALAYSIAKINI 13.05.2022 bertajuk “AG: Tuduhan ke atas Serba Dinamik digugur demi kepentingan awam” telah melaporkan :
“Peguam Negara Idrus Harun menggugurkan pertuduhan terhadap Serba Dinamik Holdings Bhd dan pengarahnya kerana hanya terdapat bukti keadaan dan bagi mengelak perbicaraan yang panjang.
Idrus berkata, pertuduhan yang dikemukakan terhadap Serba Dinamik dan pengarahnya juga adalah tidak seimbang dengan kesalahan yang dilakukan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Idrus berkata selepas menerima surat representasi pada 21 Mac lalu, Serba Dinamik mencadangkan agar kesalahan itu dikompaun.
Susulan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) meneliti kertas siasatan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
“Memandangkan surat representasi oleh Serba Dinamik tersebut, AGC bersetuju dengan cadangan untuk mengkompaun kesalahan yang didakwa telah dilakukan oleh Serba Dinamik dan eksekutifnya, dengan mengambil kira, antara lain, sifat bukti keadaan yang ada terhadap Serba Dinamik dan kebergantungan kepada Seksyen 367(1) Akta 671.
“Tambahan pula, Serba Dinamik dan eksekutif tersebut bersedia menerima jumlah maksimum kompaun yang dikenakan oleh SC.
“Berdasarkan bukti yang menyokong pertuduhan dan untuk mengelak perbicaraan yang panjang dan berlarutan, AGC berpendapat kepentingan awam akan terpelihara dengan mengkompaun kesalahan yang didakwa dilakukan oleh Serba Dinamik dan eksekutifnya.
“Dengan mengkompaun kesalahan ini, keperluan untuk tindakan punitif terhadap Serba Dinamik segera dicapai tanpa melalui perbicaraan yang panjang,” kata Idrus.”
3. Sebagaoi seorang Pengamal Undang-Undang dan Rakyat Malaysia saya menghulurkan Ucapan TAHNIAH kepada Peguam Negara TS IDRUS HARUN dalam mengelurakan satu kenyataan yang JELAS, LENGKAP dan berpandukan konsep KEDAULATAN UNDANG-UNDANG yang wajar dihargai oleh kesemua Rakyat yang prihatin untuk menolak mana-,mana persepsi negatif yang salah berkaitan kes berprofiul seperti ini.
4. Saya juga mengalu-alukan Peguam Negara TS IDRUS HARUN untuk secara terus dan konsisten mengeluarkan KENYATAAN RASMI dari masa ke semasa berkaitan mana-mana kes berprofil tinggi yang memerlukan penjelasan BETUL dan TEPAT kes terbabit, untuk fahaman Rakyat Malaysia supaya tiada muncul mana-mana PERSEPSI NEGATIF SALAH di minda Rakyat, dan seterusnya menamabahkan keyakinan Rakyat kepada sistem keadilan negara.
5. SYABAS dan TAHNIAH kepada Peguam Negara TS IDRUS HARUN!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!
WAJIB TONTON:
