
Khairuddin Abu Hassan
شباس ڤمودا امنو، براني دسق زاهيد اوندور سڬرا
Jutaan syabas kepada pemuda UMNO selangor yang secara lantang dan berani mendesak presiden UMNO yang paling haprak untuk letak jawatan secara kadar segera.
Presiden UMNO ini adalah seorang ‘kaki penipu,’ korup dan ‘dungu.’ Zahid Hamidi ini tidak boleh pakai sama sekali.
Cakapnya penuh dengan kebodohan, penipuan, pendustaan serta tindak-tanduknya selalu bercanggah dengan prinsip atau pendirian keputusan majlis tertinggi UMNO.
Pendirian majlis tertinggi UMNO melarang kerjasama dengan anwar ibrahim ‘manusia berpenyakit’ tetapi presiden UMNO yang haprak ini telah menandatangani surat ‘sumpah berkanun’ untuk sokong anwar ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia.
Tindakan Zahid Hamidi sudah bercanggah dengan pendirian parti UMNO!! Tapi kita pun tak tahu juga apa jawatankuasa disiplin parti buat?
Mengapa tidak siasat tindak-tanduk Zahid Hamidi seterusnya ambil tindakan disiplin parti keatasnya?
Inilah kedudukan parti UMNO sekarang ini yang sudah rosak dari atas hingga ke bawah. Mereka takut pada pemimpin.
Ahli-ahli parti pula mengikut dan menyokong pemimpin secara membuta-tuli berteraskan sogokan wang ringgit.
Kita tahu kemungkinannya Zahid Hamidi sudah mempunyai perjanjian dengan penyangak anwar ibrahim untuk membebaskannya dari tindakan undang-undang apabila presiden PKR dilantik sebagai perdana menteri jika Zahid Hamidi sanggup membantunya.
Kalau tidak ada perjanjian atau persefahaman ini; apakah Zahid Hamidi sanggup bertindak bercanggah dengan keputusan majlis tertinggi UMNO?
Presiden UMNO ini tiada pilihan lagi untuk selamatkan dirinya. Dia sanggup lakukan apa saja asalkan semua pertuduhan di mahkamah keatasnya digugurkan bila Anwar Ibrahim berpaut pada kuasa utama di negara ini.
Dalam UMNO bukan saja pemimpin-pemimpinnya korup. Realinya, ahli-ahli UMNO pun juga korup.
Sogok saja duit sanggup undi sesiapa saja bagi memenangi jawatan-jawatan dalam parti.
Pada pemilihan UMNO yang lepas seandainya YBM Tengku Razaleigh Hamzah berjaya dipilih sebagai presiden UMNO sudah pastilah imej UMNO akan berjaya dipulihkan.
Imej UMNO akan menjadi bertambah baik sekirnya ahli-ahli UMNO memilih YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai presiden UMNO yang baru pada pertandingan parti yang lepas.
Pada hemat peribadi saya juga, tokoh-tokoh yang berpotensi tinggi seperti dato seri hishamuddin tun hussein juga merupakan calon terbaik yang akan mampu untuk ‘revamp’ parti UMNO bagi meletakkanya semula di asas perjuangan yang sebenarnya.
Imej UMNO perlu diperbaikki dari luar serta dalaman parti.
Parti UMNO merupakan sebuah organisasi yang cukup ‘desperate!!’ Demi untuk kuasa mereka sanggup bekerjasama dengan sesiapapun.
Suatu ketika dahulu pemimpin-pemimpin UMNO menghentam Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya sanggup bekerjasama dengan DAP.
Kini, UMNO dah mula membayangkan bahawa mereka sanggup bekerjasama dengan DAP. Lihatlah gelagat pemimpin-pemimpin UMNO yang senantiasa memperbodohkan orang-orang melayu.
Apapun, pendirian pemuda UMNO untuk mendesak Zahid Hamidi berundur diri merupakan satu tindakan yang cukup bijak.
Manusia tidak berprinsip, tak berintegriti serta tiada kewibawaan seperti Zahid Hamidi tidak layak untuk mentadbir mana-mana organisasi di negara kita.
Syabas diucapkan kepada segelintir pemuda UMNO yang berprinsip yang berani menyuarakan pendirian demi kebaikan parti UMNO itu sendiri.
Buat masa ini, parti UMNO adalah sebuah organisasi yang sudah rosak dan terlalu korup.
Dulu parti UMNO disanjungi oleh keseluruhan rakyat kerana keikhlasan perjuangan luhurnya tetapi kini UMNO sudah menjadi satu organisasi ‘sampah’ yang amat jijik yang telah tersimpang jauh dari asas penubuhannya pada tahun 1946.
Sebab itulah presiden UMNO paling lama dan tokoh negarawan terulung yakni Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sanggup meninggalkan sebuah parti yang beliau juga turut terlibat mengasaskannya di kala itu
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
