Susulan penafian Mohamad Hasan, Asia Times dedah rakaman audio, pertahan laporan wawancara

Mohamad Hasan turut dilaporkan sebagai berkata, Malaysia kini merupakan sebuah negara yang sedang bergelut, dan dipimpin oleh ‘kerajaan pintu belakang’. Sumber (gambar): Fail TTF

سوسولن ڤنافيان محمد حسن، اسيا تيميس دده رقمن اءوديو، ڤرتاهن لاڤورن واونچارا

Wartawan Asia Times Nick Kochan mempertahankan wawancaranya dengan timbalan presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berikutan dakwaan laporannya mengambil kenyataan Mohamad di luar konteks.

“Kami tetap dengan laporan kami,” katanya di Twitter, bersama dengan pautan untuk memuat turun rakaman audio daripada temu bual itu.

Berdasarkan laporan Astro Awani yang memetik Asia Times, Mohamad memberi pencerahan berhubung kemungkinan Najib mendapat Keampunan Diraja sekiranya sabitan bersalah terhadapnya dikekalkan, dan berkata, Najib perlu “masuk ke dalam terlebih dahulu” jika mahu diampunkan. 

“Semua orang (yang bersalah) perlu jalani hukuman sebelum mendapat pengampunan. Ia adalah semudah itu, tiada cara lain,” katanya seperti dilaporkan dalam portal Asia Times.

“Jika mahukan pengampunan, dia perlu melalui proses. Dia perlu masuk ke dalam (penjara) terlebih dahulu,” tambah Mohamad.


Wartawan Asia Times Nick Kochan mempertahankan wawancaranya dengan timbalan presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berikutan dakwaan laporannya mengambil kenyataan Mohamad di luar konteks.

“Kami tetap dengan laporan kami,” katanya di Twitter, bersama dengan pautan untuk memuat turun rakaman audio daripada temu bual itu.




Nick berkata demikian selepas Mohamad Hasan mendakwa Asia Times melaporkan kenyataannya di luar konteks.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Mohamad merujuk kepada laporan Asia Times yang mendakwa beliau berpendapat Najib patut masuk penjara”.

“Itu tidak tepat. Apa yang saya katakan (semasa wawancara) ialah Najib harus mendapat perbicaraan yang adil.

“Kalau dia sabit kesalahan pun boleh. Tapi apa yang penting dia kena dapatkan perbicaraan yang adil,” katanya.

Namun, berdasarkan laporan Astro Awani yang memetik Asia Times, Mohamad memberi pencerahan berhubung kemungkinan Najib mendapat Keampunan Diraja sekiranya sabitan bersalah terhadapnya dikekalkan, dan berkata, Najib perlu “masuk ke dalam terlebih dahulu” jika mahu diampunkan.

Astro menulis:

Pengampunan DiRaja sebelum seseorang individu yang didapati bersalah di Mahkamah, menjalani hukuman yang dijatuhkan ke atasnya, adalah sesuatu yang salah, tegas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Loading...

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu berkata, banyak kes melibatkan pemimpin kanan UMNO sebelum ini menyaksikan mereka menjalani hukuman sebelum diberikan pengampunan dan dibebaskan.

Mohamad berkata, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu melalui proses untuk mendapatkan pengampunan, seperti mana yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Harun Idris, dan Datuk Mokhtar Hashim.

“Dia tidak boleh diampunkan selagi belum melalui proses. Itu adalah salah, sangat salah. Kebanyakan pemimpin UMNO yang terkenal, Menteri Besar Selangor Harun Idris, dia kena jalani hukuman. Mokhtar Hashim, kena jalani hukuman.

“Semua orang (yang bersalah) perlu jalani hukuman sebelum mendapat pengampunan. Ia adalah semudah itu, tiada cara lain,” katanya seperti dilaporkan dalam portal Asia Times.

“Jika mahukan pengampunan, dia perlu melalui proses. Dia perlu masuk ke dalam (penjara) terlebih dahulu,” tambah Mohamad.

Penjelasan ini cukup tepat.

Dalam satu siaran live semalam, saya menjelaskan perkara ini, dan menambah, apbila seseorang yang menjalani hukuman penjara menerima pengampunan, sabitan bersalah terhadapnya tidak terbatal.

Cuma, menerusi pengampunan, orang berkenaan tidak perlu menjalani hukuman lanjut, namun tetap bergelar bekas banduan dan tetap dikira sebagai individu yang pernah melakukan kesalahan (rujuk video di hujung bawah).

Mohamad Hasan turut dilaporkan sebagai berkata, Malaysia kini merupakan sebuah negara yang sedang bergelut, dan dipimpin oleh ‘kerajaan pintu belakang’.

Katanya lagi, beliau menganggap masalah yang melingkari negara masa kini berakar dari kegagalan UMNO dan Barisan Nasional untuk memberi penerangan yang telus tentang skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu, Mohamad turut berkata, Najib juga tidak boleh berharap terhadap layanan istimewa dari kerajaan yang dipimpin UMNO dan BN sekiranya ahli Parlimen Pekan itu dipenjarakan berhubung kes rasuah.

RJ RITHAUDEEN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...