
سوروهنجاي ڤينچيڬاهن رسواه: ڤرموهونن نجيب تيدق ريليۏن
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Permohonan Najib Razak bagi memaksa agensi penguatkuasaan menyerahkan dokumen tambahan untuk mempersiapkan pembelaannya dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram 1MDB tidak relevan, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam afidavit yang dilihat oleh FMT, pegawai penyiasat SPRM Aida Arifin berkata, bekas perdana menteri itu cuba merosakkan kredibiliti bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz, yang juga merupakan saksi pendakwaan.
Najib, yang memfailkan permohonan penzahiran dokumen bulan lepas mahu pihak pendakwaan menyerahkan dokumen bank syarikat yang dikawal oleh Jho Low dan keluarga Zeti.
Beliau juga mahu mahkamah menggunakan kuasanya untuk memanggil pegawai kanan polis R Rajagopal, pegawai SPRM Zamri Zainul Abidin dan pegawai BNM Mohd Fuad Arshad untuk disoal oleh peguamnya.
PETALING JAYA: Permohonan Najib Razak bagi memaksa agensi penguatkuasaan menyerahkan dokumen tambahan untuk mempersiapkan pembelaannya dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram 1MDB tidak relevan, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam afidavit yang dilihat oleh FMT, pegawai penyiasat SPRM Aida Arifin berkata, bekas perdana menteri itu cuba merosakkan kredibiliti bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz, yang juga merupakan saksi pendakwaan.
“Bukan Zeti yang dibicarakan, tetapi tertuduh (Najib). Najib boleh memeriksa balas Zeti apabila beliau memberi keterangan. Mahkamah yang akan menentukan kredibiliti saksi pendakwaan pada akhir kes pihak pendakwa,” kata Aida.
Beliau berkata, melalui tiga saksi pendakwaan setakat ini, pembelaan Najib hanya mendedahkan bahawa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, beliau diperdaya oleh ahli perniagaan yang diburu Low Tek Jho atau Jho Low.
Aida berkata, Najib akan mendapat perbicaraan yang adil kerana pihak pendakwaan sebelum ini menyerahkan 50 jilid dokumen bagi mempersiapkan pembelaannya.
“Tertuduh boleh memanggil semua saksi dalam pembelaannya sekiranya beliau dipanggil membela diri terhadap tuduhan kelak,” katanya.
Pegawai polis Foo Mei Min, yang menyiasat tuduhan pengubahan wang juga mengesahkan dalam satu afidavit dan memberi alasan sama bagi menolak permohonan Najib.
Najib, yang memfailkan permohonan penzahiran dokumen bulan lepas mahu pihak pendakwaan menyerahkan dokumen bank syarikat yang dikawal oleh Jho Low dan keluarga Zeti.
Beliau juga mahu mahkamah menggunakan kuasanya untuk memanggil pegawai kanan polis R Rajagopal, pegawai SPRM Zamri Zainul Abidin dan pegawai BNM Mohd Fuad Arshad untuk disoal oleh peguamnya.
BACA JUGA: SUDAH SAMPAI MASANYA MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU MAIN PERANAN ATASI KEMELUT EKONOMI, KESIHATAN & POLITIK NEGARA
Menurut Najib, dokumen yang dipohon relevan bagi membolehkan mahkamah memeriksa secara menyeluruh dan holistik semua fakta material dan keterangan kes 1MDB dalam membuat keputusan yang adil dan saksama.
Dalam perkembangan lain, Aida mengesahkan dalam afidavit berasingan untuk menolak permohonan Najib bagi mendapatkan semua data komunikasi daripada bank Amerika Syarikat, Goldman Sachs untuk tujuan perbicaraan itu.
“Permohonan itu adalah salah guna proses mahkamah,” katanya, dengan menambah bahawa ia merupakan ekspedisi memancing, satu muslihat dan tidak relevan sama sekali dengan kes pembelaan yang dikemukakan setakat ini.
Najib dibicarakan berhubung 25 tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank miliknya antara Februari 2011 hingga Disember 2014.
Sumber:
WAJIB BACA:
